Berita

Lee Isaac Chung Akan Tulis dan Arahkan Filem Live Action Your Name

Views

Studio Paramount Pictures, Bad Robot Production dan Toho telah memilih Lee Isaac Chung (Minari) untuk menulis semula skrip dan mengarahkan filem live action Your Name, lapor Deadline.

Dilancarkan di Jepun pada tahun 2016 dan di Amerika Syarikat pada tahun 2017, Your Name berkisar tentang pelajar sekolah tinggi di Tokyo, Taki Tachibana dan Mitsuha Miyamizu yang mendapati diri mereka mempunyai kemampuan untuk menukar badan antara satu sama lain. Apabila bencana alam mengancam untuk memusnahkan kehidupan mereka , mereka mesti melakukan perjalanan untuk bertemu antara satu sama lain dan menyelamatkan dunia mereka sebelum terlambat.

Filem anime ini segera menjadi hit apabila meraih lebih $303 juta dolar di Jepun sahaja, malah ia turut mencetuskan perang tawaran dikalangan studio filem selepas hakcipta untuk hasilkan adaptasi memasuki pasaran pada 2017. 

J.J. Abrams (Star Wars: The Rise of Skywalker) akan menjadi penerbit bersama-sama Genki Kawamura, penerbit filem asal. Toho akan memegang hak pengedaran filem di Jepun, manakala Paramout Pictures menjadi studio pengedar untuk pasaran global. 

1 Ulasan

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks