Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Lee Hyun Woo Sertai Barisan Pelakon Remake Korea “Money Heist”

Pelakon Lee Hyun Woo telah bergabung dengan barisan pelakon siri remake Korea Money Heist.

Lee Hyun Woo akan berperanan sebagai Rio, watak yang sepatutnya dilakonkan oleh Park Jung Woo. Sebelum ini, Park Jung Woo telah ditawarkan peranan Rio, tetapi terpaksa berundur disebabkan masalah jadual. Park Jung Woo kini sedang menjalani penggambaran Fly High Butterfly.

I’m excited to be greeting viewers through a drama for the first time in a while. I’ll do my best to create a cool, memorable character and an appealing production for those who are anticipating the Korean remake of ‘Money Heist.’

Money Heist, juga dikenali sebagai The House of Paper / La casa de papel, adalah siri drama jenayah Sepanyol  yang berkisarkan sekelompok orang yang melakukan pencurian di Royal Mint of Spain, yang dipimpin oleh seorang lelaki bernama Professor.

Remake Korea, yang mana ia akan ditetapkan di semenanjung Korea, dibintangi oleh Yoo Ji Tae sebagai Professor. Barisan pelakon lain termasuklah Park Hae Soo (Berlin), Jeon Jong Seo (Tokyo), Lee Won Jong (Moscow), Kim Ji Hoon (Denver), Jang Yoon Joo (Nairobi), Kim Ji Hoon (1979) (Helsinki), dan Lee Kyu Ho (Oslo).

Siri terbaru ini akan diarahkan oleh Kim Hong Sun, yang terkenal dengan beberapa drama popular seperti Son: The Guest, Voice dan Black. Lakonlayar ditulis oleh Ryu Yong Jae dan pasukannya, yang pernah terlibat dengan drama tvN Psychopath Diary.

BH Entertainment (A Single Rider, Miss Baek) dan Content ZIUM (Itaewon Class, Go Back Couple, More than Friends, Run On) akan menjadi penerbit bersama.

Netflix telah memperoleh hak penstriman global pada tahun 2017 dan telah menayangkan empat musim rancangan itu. Bahagian kelima Money Heist akan ditayangkan di Netflix pada 3 September dan 3 Disember 2021.

Related posts

TUDUM: Netflix Umum Jadual Pelancaran Untuk Filem & Siri Korea Yang Akan Datang

Zulaikha

“Yumi’s Cells” Capai Rating Tertinggi, “One The Woman” Kekal No. 1

Zulaikha

iQiyi Sebarkan Cinta Terhadap Hallyu Dengan 9 buah K-Drama dan Filem Hebat di Suku Tahun Ke-4

Zulaikha

Rating “Hometown” Meningkat Pada Episod Ke-2, “Dali And Cocky Prince” Kekal No. 1

Zulaikha

SERIGALA LANGIT TAYANG DI ASTRO FIRST 25 SEPTEMBER 2021

Kakimuvee

Rancangan Variety “Unexpected Business” Mungkin Akan Kembali Untuk Musim Kedua

Zulaikha

Leave a Comment