Slot Asia

Lee Hong Nae Sertai Barisan Pelakon THE KING: ETERNAL MONARCH Sebagai Pegawai Tertinggi Pengawal Peribadi Lee Min Ho

Views

Aktor Lee Hong Nae disahkan menyertai barisan pelakon drama terbaru SBS, The King: Eternal Monarch. Aktor tersebut akan memainkan peranan sebagai Seok Ho Pil, pembantu Kapten Jo Young lakonan Woo Do Hwan.

Ditulis oleh Kim Eun Sook (Secret Garden, Descendants of the Sun, Goblin, Mr. Sunshine), The King: Eternal Monarch berkisarkan tentang dua alam semesta yang selari dengan monarki dan demokrasi. Lee Min Ho memainkan peranan sebagai Emperor Lee Gon, yang cuba menutup pintu dua dunia berbeza, manakala Kim Go Eun membawa watak sebagai detektif Jung Tae Eul, yang bekerjasama dengan maharaja untuk melindungi nyawa manusia.

The King: Eternal Monarch akan disiarkan pada April ini, setiap Jumaat dan Sabtu di SBS

Tinggalkan Balasan

shares