Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Slot Asia

Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon Mempamerkan ‘Bromance’ Mendebarkan Dalam Teaser “Bad And Crazy”

Dibintangi oleh Lee Dong Wook dan Wi Ha Jun, gandingan hebat itu bakal muncul dalam drama Korea terbaru iQiyi Bad and Crazy pada Disember ini. Dihasilkan oleh pasukan di belakang The Uncanny Counter, teaser penuh aksi terbaharu ini akan membuat penampilan sulungnya. Jadi, bersedialah untuk treler yang sangat menghiburkan yang menjanjikan sedikit aksi, komedi, bromance dan drama yang mengabungkan semua menjadi satu.

Dalam klip berdurasi 30 saat, peminat akan melihat polis penyangak yang menawan, Ryu Su Yeol (Lee Dong Wook) menjadi tidak berdaya selepas pertemuannya dengan penunggang motosikal gila, ‘K’ lakonan Wi Ha Jun. Dalam satu babak, Wi dilihat menunggang dengan yakin dan melulu di jalan-jalan Korea dengan pemboncengnya, Lee menjerit di belakang. Dalam adegan lain, Lee dilihat memakai jubah mandi di lorong belakang, menguatkan dirinya ketika Wi melakukan aksi motosikal liar. Tiba-tiba, Wi dilihat melakukan aksi motosikal lain dan memecahkan cermin kereta dimana Lee berada di dalam dan sangat ketakutan.

Walau bagaimanapun, Lee tidak selalunya tidak lemah kerana satu lagi adegan pergaduhan menunjukkan Lee mendapat kelebihan apabila dia melompat ke belakang Wi dalam adegan pergaduhan. Wi juga dilihat menawan penonton dengan badannya yang berotot dan ketampanan ketika dia menanggalkan topi keledarnya untuk memancarkan senyuman nakal kepada peminat.

Meskipun mereka sering bergaduh dan berselisihan faham, mereka juga dilihat mengetepikan semua perbezaan untuk melawan musuh dan saling menjaga antara satu sama lain sewaktu bahaya. Ini terbukti apabila Wi menjerit, “Kita patut lari! Kita berdua!” dalam usaha untuk menunjukkan ikatan persaudaraan yang kuat.

Bad and Crazy menjanjikan drama yang penuh dengan aksi, komedi gelap, saspens dan jenayah, dan bersedia untuk membawa penonton ke perjalanan yang menghiburkan. Siri ini ditetapkan untuk tayangan perdana pada 17 Disember, dengan episod baharu disiarkan secara serentak dengan Korea pada hari Jumaat dan Sabtu pukul 9.50 malam (MYT) di seluruh dunia merentasi 191 wilayah di aplikasi iQiyi International dan www.iQ.com.

Related posts

“Jirisan” Kekalkan Kedudukan Pertama, “Chimera” Cipta Rekod Peribadi

Kakimuvee

Gong Yoo, Bae Doona & Ramai Lagi Dalam Poster Karakter “The Silent Sea”

Kakimuvee

Filem Live-Action ‘Tokyo Revengers’ Akan Tiba Di Pawagam Tempatan Pada 9 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee

Filem Yang Mewakili Malaysia Ke Oscar, ‘Prebet Sapu’ Akan Ditayangkan Di Pawagam 16 Disember Ini

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Leave a Comment