Lee Dong Hwi, Jung Hye Sung & Kim Byung Chul Bintangi Drama Terbaru Berjudul “Cheap Cheonlima Mart”

87
views

Pelakon Lee Dong Hwi, Jung Hye Sung & Kim Byung Chul bakal membintangi drama tvN terbaru berjudul “Cheap Cheonlima Mart”, lapor laman Soompi.

Drama tersebut diadaptasikan dari webtoon popular berjudul sama. Ia mengisahkan tentang para pekerja pasaraya “Cheap Cheonlima Mart” yang dilayan seperti raja. Ketika pengurus cuba untuk menyelamatkan pasaraya, mereka terpaksa berhadapan dengan seorang bos yang cuba merosakkan pasaraya tersebut

Lee Don Hwi akan memainkan peranan sebagai Moon Seok Gu, seorang pengurus yang mahu menjadikan Cheonlima Mart sebagai pasaraya nombor 1, dan dia juga mempunyai impian untuk bekerja di ibupejabat Daemae Group dengan cuba menyelamatkan pasaraya tersebut.

Kim Byung Chul akan membawa watak Jung Bok Dong, seorang bos yang bijak tetapi ingin membalas dendam terhadap Daemae Group dengan memusnahkan pasaraya Cheonlima Mart. Dia mengambil para pekerja yang gagal dalam kehidupan untuk bekerja di pasaraya tersebut.

Sementara itu, Park Ho San akan memainkan peranan sebagai Kwon Young Koo, seorang pengarag eksekutif Daemae Group yang sentiasa mengimpikan kedudukan teratas, tetapi sentiasa ditewaskan oleh Jung Bok Dong.

Manakala aktor veteran, Lee Soon Jae akan membawa watak Kim Dae Ma, seorang CEO Daemae Group dan Jung Hye Sung sebagai Jo Mi Ran, individu yang dihantar oleh Kwon Young Koo untuk memerhatikan pergerakan Jung Bok Dong

Drama ini akan diarahkan oleh Baek Seung Ryeong dan akan mula bersiaran pada September tahun ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here