Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Lee Da Hee Mengalami Kecederaan Di Set Penggambaran “Island”

Pelakon Lee Da Hee dilaporkan mengalami kecederaan semasa menjalani penggambaran drama terbaru OCN, Island. 

Menurut laporan media, Lee Da Hee mengalami kecederaan di leher semasa merakam salah satu adegan aksi dalam drama akan datang. Dia segera di bawa ke hospital untuk pemeriksaan. Dalam satu kenyaatan yang dikeluarkan agensinya, Studio Santa Claus, “kecederaannya tidak begitu serius dan dia kini menerima rawatan pesakit luar.”

Island adalah drama eksorsisme fantasi berdasarkan webtoon dengan judul yang sama. Ini akan menceritakan kisah Pan, yang memerlukan seorang wanita untuk mengakhiri kehidupannya yang disumpah, dan Won Mi Ho, anak perempuan keluarga kaya yang menjadi sasaran goblin.

Kedua-duanya disertai oleh paderi exorcist John yang dihantui rasa bersalah kerana tidak dapat melindungi seorang gadis. Di pulau yang memiliki kegelapan yang jahat disebalik keindahannya, ketiga-tiga watak itu perlu bersatu dan mengumpulkan kekuatan mereka untuk saling melindungi.

Lee Da Hee memainkan peranan utama sebagai Won Mi-Ho disamping Kim Nam-Gi, Cha Eun-Woo dan Sung Joon.

Related posts

Park Ji Hu, Yoon Chan Young, Cho Yi Hyun, & Lomon Hadapi Bahaya Dalam Poster “All Of Us Are Dead”

Kakimuvee

Saksikan Teaser Trailer & Poster Drama Thriller Terbaru Disney+ “Grid”

Zulaikha

Peserta “Single’s Inferno” Free Zia Ancam Untuk Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Komen Berniat Jahat

Zulaikha

Kim Dong Wook Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Drama Terbaru Mengenai Penggembaraan Masa

Zulaikha

“BACKSTAGE” Gandingan Adik-Beradik Terkenal Vanesha Prescilla & Sissy Prescillia Akan Temui Penonton Di Malaysia 20 Januari Ini

Kakimuvee

Drama Korea Baru “Rookie Cops” Akan Diperkenalkan Di Disney+ Hotstar Bulan Ini

Zulaikha

Leave a Comment