Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Lee Da Hee Ditawarkan Watak Utama Dalam Drama Akan Datang “Island”

Pelakon Lee Da Hee mungkin bintangi drama terbaru Island (tajuk literal).

Pada 17 Mei, Sports Donga (via Soompi) melaporkan bahawa Lee Da Hee telah ditawarkan watak wanita utama dalam drama Island, watak yang sebelum ini ditawarkan kepada Seo Ye Ji. Para penerbit dilaporkan memilih Lee Da Hee sebagai calon yang paling sesuai untuk peranan itu sementara pelakon itu juga menghargai kualiti produksi.


Agensinya, Santa Claus Entertaiment kemudiannya mengesahkan laporan tersebut, dan mengeluarkan kenyataan, “Lee Da Hee menerima tawaran untuk membintangi ‘Island’ dan secara positif menelitinya.”

Island adalah drama eksorsisme fantasi berdasarkan webtoon dengan judul yang sama. Ini akan menceritakan kisah Pan, yang memerlukan seorang wanita untuk mengakhiri kehidupannya yang disumpah, dan Won Mi Ho, anak perempuan keluarga kaya yang menjadi sasaran goblin.

Kedua-duanya disertai oleh paderi exorcist John yang dihantui rasa bersalah kerana tidak dapat melindungi seorang gadis. Di pulau yang memiliki kegelapan yang jahat disebalik keindahannya, ketiga-tiga watak itu perlu bersatu dan mengumpulkan kekuatan mereka untuk saling melindungi.

Kim Nam Gil disahkan akan membawa watak utama lelaki bernama Pan, dan anggota ASTRO, Cha Eun Woo sedang dalam rundingan untuk membintangi drama tersebut. Sebelum ini, Seo Ye Ji telah ditawarkan peranan Won Mi Ho, tetapi dia kemudiannya menarik diri dari drama tersebut selepas terpalit dengan kontroversi. 

Island dilaporkan bakal memiliki beberapa musim, dan musim pertama dijangka akan ditayangkan pada penghujung tahun ini.

Related posts

THE ZONE: Survival Mission, Rancangan Varieti Korea Baharu Akan Tiba Pada Disney+ Hotstar Day

Zulaikha

Pelakon “Itaewon Class,” “Love In The Moonlight,” & “The Sound Of Magic” Bersatu Dalam Poster Untuk Rancangan Varieti Baharu

Zulaikha

“How Do You Play?” No. 1 Dalam Ranking Reputasi Jenama Rancangan Variety Untuk Bulan Ogos

Zulaikha

“Emergency Declaration” Lepasi 1 Juta Penonton Dalam Tempoh Kurang 4 Hari

Zulaikha

“Hansan: Rising Dragon” Berjaya Lepasi 4 Juta Penonton

Zulaikha

“Alchemy of Souls” Akan Berehat Seminggu

Zulaikha

Leave a Comment