Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Lee Byung Hun, Han Ji Min, Nam Joo Hyuk, Shin Min Ah Bintangi Drama Terbaru Berjudul “HERE”

Lee Byung Hun serta beberapa pelakon lain seperti Han Ji Min, Shin Min Ah, Bae Sung Woo, dan Nam Joo Hyuk telah disahkan membintangi drama terbaru tvN berjudul Here (working title).

Pelakon Jo In Sung sepatutnya akan membintangi drama terbaru ini, namun terpaksa menolak kerana percanggahan jadual. Tempat Jo In Sung telah digantikan pelakon Lee Byung Hun.

Plot drama masih lagi tidak didedahkan, tetapi dilaporkan akan berkisar tentang sekumpulan pekerja sukarela NGO antarabangsa (organisasi bukan kerajaan).

Peminat mula teruja dengan pengumuman drama terbaru ini kerana ia dibintangi pelakon-pelakon terkenal serta penglibatan penulis skrip Noh Hee Kyung yang dikenali menerusi beberapa drama popular seperti Live, It’s Okay, That’s Love dan That Winter, The Wind Blows.

Tarikh siaran masih belum diumumkan, dan proses penggambaran dijangka akan bermula pada tahun hadapan.

Related posts

Penampilan Kim Min-gwi Dalam Drama ‘Nevertheless’ Disunting Susulan Skandal Curang

Zulaikha

“The Penthouse 3” Tambah Dua Lagi Episod, Pratonton Episod Akan Datang

Zulaikha

Teaser HOMETOWN CHA-CHA-CHA Goda Hubungan Romantik Mengasyikkan Dengan Pemandangan Tepi Pantai Yang Cantik

Zulaikha

“Hospital Playlist 2” No. 1 Untuk Minggu Kelima Berturut-Turut, Bintang “The Devil Judge” Kuasai Ranking Pelakon

Zulaikha

Cha Tae Hyun, Krystal, & Jinyoung Bersedia Untuk Mengambil Kes Dalam Poster Terbaru “Police University”

Zulaikha

“The Devil Judge” No. 1 Dalam Slot Waktunya

Zulaikha

Leave a Comment