Review

Lebuhraya Ke Neraka Review

Views

Genre: Supernatural, Seram

Pengarah: Mamat Khalid

Pelakon: Awie, Khir Rahman, Pekin Ibrahim

Edaran: Primeworks Studios

Tarikh Tayangan: 4 Mei 2017

Durasi: 1 Jam 23 Minit

Klasifikasi: PG-13

Apabila menonton sebuah filem serius dari pengarah yang terkenal dengan karya-karya komedinya, agak sukar sebenarnya untuk kita memberikan pendapat mengenai filemnya yang berlainan genre dari kebiasaanya. Adakah hendak dipuji berdasarkan repultasinya atau berterus-terang.

Tetapi jujur saya katakan, filem Lebuhraya Ke Neraka arahan pengarah terkenal Mamat Khalid sekadar "biasa-biasa" sahaja, tiada yang menarik, cuma sekadar memberi kesedaran kepada penonton dengan apa yang cuba disampaikan oleh pengarah tersebut kepada penonton.

Filem berbentuk kerohanian ini dilihat lebih kepada menceritakan peranan syaitan yang sememangnya kita tahu suka menyesatkan manusia dengan apa jua sekalipun. Cuma cara penyampaiannya sedikit berbeza iaitu melalui filem. Harapan kami sebenarnya sangat tinggi untuk melihat sebuah filem serius dari Mamat Khalid. Kami beranggapan Lebuhraya Ke Neraka akan menampilkan sebuah filem yang berat, thrill dan complicated, tetapi sebaliknya kami seolah-olah menonton gabungan filem Hantu Mak Limah dan Zombi Kampung Pisang dalam genre kurang humor dan serius. Tiada langsung elemen menakutkan dan thrill kecuali mayat berbungkus ditepi jalan dan mat rempit berapi "willy" diatas jalan? seriously?

Maaf saya terpaksa jujur kerana harapan saya musnah setelah melihat Jeff (lakonan Shahz Jaszle) ditarik ke neraka Jahanam oleh Tyson dan filem tersebut tamat. Penamat yang simple dan.. saya tidak tahu dimanakah part klimaks filem ini.

Tetapi filem Mamat Khalid kali ini layak dipuji kerana ia menyampaikan dakwah secara tidak langsung kepada para penonton. Ia memberi kesedaran kepada kita tentang bahaya tipu daya syaitan dan mengajak kita menuruti perintah tuhan. Agak terkesan jugalah dengan mesej yang disampai dalam filem ini.

Dari segi lakonan, masing-masing dapat menyampaikan karakter mereka dengan begitu baik terutama Khir Rahman yang membawakan watak syaitan yang bernama Tyson. Penuh sinikal, dan mempunyai ciri-ciri "syaitan" ..suka dengan tutur dialognya yang berbunyi "..opss .." Awie sudah lama saya tidak menonton dia berlakon serius, kali ini dia berjaya membawakan wataknya dengan berkesan, seorang bikers yang sudah insaf dan cuba disesatkan oleh Tyson semasa dia tidak sedarkan diri akibat kemalangan.

Lain-lain? siapa yang peminat-susah-mati pasti tahu kualiti gambar dan CGI filem arahan beliau, bagi saya benda tersebut tidak perlu saya ulas kerana itu sememangnya cara Mamat Khalid dalam menghasilkan filem. Tapi sound dan musik latar filem ini sedap didengari. Agak horror dan diselang-seli dengan musik yang agak rancak.

Secara keseluruhan, filem Lebuhraya Ke Neraka arahan pengarah Mamat Khalid adalah sebuah filem yang bagus bagi mereka yang ingin melihat kelainan dari pengarah yang terkenal dengan filem bergenre komedi. Selain itu juga, ia memaparkan mesej yang sangat kuat dan mengajak penonton untuk bermuhasabah tentang kehidupan seharian. Cuma filemnya kali ini tidak seperti filem-filem beliau sebelumnya yang mana tidak bosan untuk menonton berkali-kali. Mungkin penonton akan menontonnya sekali dan tidak mahu menontonnya untuk kali kedua atau ketiga.

Rating: 6/10

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks