Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

LeBron James & Bugs Bunny Bergandingan Dalam Trailer Pertama “Space Jam: A New Legacy”

Setelah penantian selama 25 tahun, sudah tiba masanya untuk kita melihat satu lagi perlawanan bola keranjang yang paling epik!.

Studio Warner Bros. telah melancarkan trailer pertama filem sekuel Space Jam: A New Legacy, menampilkan juara NBA empat kali LeBron James, yang bergandingan dengan pemain Looney Tunes yang aneh demi menyelamatkan dunia. Anda boleh tonton trailer tersebut di pemain video dibawah.

Space Jam: A New Legacy menyaksikan LeBron dan anak lelakinya Cole, yang mempunyai cita-cita untuk menjadi pembangun permainan video, terperangkap dalam dunia digital disebabkan oleh algoritma penyangak bernama Al-G Rhythm. Bintang sukan itu harus memimpin Bugs Bunny , Daffy Duck, Porky Pig, Lola Bunny dan watak Tunes lain yang tidak berdisiplin untuk menewaskan pemain digital Al-G di gelanggang bola keranjang dalam usaha untuk pulang dan menyelamatkan dunia. 

Selain James, Space Jam: A New Legacy turut menampilkan pemain bola kerajang NBA serta bintang The Walking Dead, Sonequa Martin-Green sebagai isterinya, Kamiyah dan pelakon Avengers: Endgame, Don Cheadle sebagai Al-G. 

James turut berfungsi sebagai penerbit bersama penulis/pengarah Black Panther Ryan Coogler, Maverick Carter dan Duncan Henderson, manakala Sev Ohanian, Zinzi Coogler, Allison Abbate, Jesse Ehrman, Jamal Henderson, Spencer Beighley, Lin, Nance dan Ivan Reitman menjadi penerbit eksekutif. 

Dalam filem kegemaran peminat yang di tayangkan pada 1996, Michael Jordan bekerjasama dengan watak Looney Tunes untuk memerangi sekumpulan makhluk asing animasi di gelanggang. Space Jam berjaya mengutip AS$ 230 juta di seluruh dunia dan selain Jordan, filem tersebut turut menampilkan beberapa bintang besar NBA seperti Larry Bird, Charles Barkley, dan Patrick Ewing. Bugs Bunny dan Looney Tunes kini akan bekerjasama dengan James di gelanggang untuk memerangi entiti yang tidak dikenali.

Space Jam: A New Legacy akan ditayangkan secara serentak di pawagam dan HBO Max pada 16 Julai ini.

Related posts

Hulu Lancar Trailer Animasi “Marvel’s M.O.D.O.K”

Kakimuvee

Josh Ruben Hidupkan Permainan Video Seram Ubisoft Dalam Trailer “Werewolves Within”

Kakimuvee

Trailer “The Conjuring: The Devil Made Me Do It” Telah Dilancarkan, Akan Berstatus ‘R-rated’

Kakimuvee

[TEASER] Musim Kedua “Love (ft. Marriage and Divorce)” Menjanjikan Lebih Banyak Pengkhianatan & Drama

Zulaikha

Teaser Rasmi “Shang-Chi And The Legend Of The Rings” Perkenalkan Superhero Baru Dan.. The Mandarin

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Infinite Darkness Previu Watak-Watak utama

Kakimuvee