Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Lebih Separuh Pawagam Di Amerika Syarikat Menarik Balik Tayangan X-Men: Dark Phoenix


Filem terbaru 20th Century Fox, X-Men: Dark Phoenix terus ditimpa malang apabila lebih separuh pawagam di Amerika Syarikat (AS) terpaksa menghentikan tayangan filem tersebut untuk memberi laluan kepada filem-filem yang lebih menguntungkan.

Keputusan itu akan memberi kesan buruk kepada filem tersebut yang kini sedang berhempas pulas untuk menambah jumlah kutipan tiket. Setakat ini, Dark Phoenix hanya mampu meraih $60 juta dolar untuk pasaran AS sejak ia ditayangkan pada 7 Jun yang lalu.

Filem tersebut terpaksa bergantung pada pasaran antarabangsa yang banyak membantu dari segi kutipan tiket. Setakat ini, pasaran antarabangsa telah menyumbang sebanyak $172 juta dolar.

Bagi pasaran Malaysia, berdasarkan data dari laman Cinema Online, sebanyak 135 pawagam tempatan masih menayangkan filem X-Men: Dark Phoenix. Jadi kepada penonton yang masih belum menyaksikan filem terakhir X-Men ini, disarankan untuk segera menyaksikan filem ini sementara ia masih ditayangkan.


Related posts

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee