Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Lebih RM50 Juta Dibelanjakan Untuk Menonton Filem-Filem Tempatan Tahun 2017

Tahun 2017 melabuhkan tirainya dan industri perfileman tempatan kini memasuki tahun 2018. Dengan banyak filem-filem tempatan sedia menanti untuk ditayangkan pada tahun baru ini, apakah harapan yang ada untuk memastikan filem tempatan dapat bersaing dengan filem-filem luar yang semakin banyak memasuki di negara ini?

Menurut laman web Finas, sebanyak 59 buah filem tempatan telah ditayangkan, dan RM52.67 juta telah dibelanjakan oleh pengunjung panggung wayang untuk menonton filem-filem tempatan sepanjang tahun 2017. Bagaimanapun, jika dibandingkan dengan kutipan keseluruhan 2016 yang mengumpul sebanyak RM80.4 juta, berlaku pengurangan sebanyak RM27.73 juta.

Dari 59 buah filem, hanya beberapa sahaja filem tempatan yang mendapat kutipan memberangsangkan. Filem keluaran Skop Production, Abang Long Fadil merupakan filem tempatan yang paling laris tahun 2017 apabila berjaya mengutip RM18.15 juta sepanjang ditayangkan dan menjadi filem tempatan kedua paling tinggi kutipan tiket sepanjang zaman dibelakang filem Munafik yang memperoleh RM 19 juta sepanjang ditayangkan pada tahun 2016.

Kutipan filem Abang Long Fadil 2 menyumbang kepada 34% jumlah kutipan keseluruhan filem-filem tempatan pada tahun ini. Filem arahan Seth Larney, Tombiruo menjadi filem tempatan kedua paling tinggi pada tahun 2017 apabila mengutip RM8 juta manakala J Revolusi ditangga ketiga dengan kutipan RM7.1 juta.

Walaupun begitu, bilangan filem tempatan yang mendapat kutipan lebih RM 1 Juta agak sedikit berbanding jumlah filem yang ditayangkan. Dari 59 buah filem, hanya 7 buah filem yang melepasi angka 1 juta. Malah sebanyak 29 buah filem hanya mendapat kutipan kurang dari RM 100 ribu.

Filem-filem seperti Luqman, Thottam, Mendidih Bro dan Spy in Love pasti yang paling merugikan apabila hanya mampu mengutip RM4 ribu sahaja.

Abang Long Fadil 2 juga menjadi filem paling lama dapat bertahan di panggung wayang apabila ditayangkan selama 52 hari, manakala Mendidih Bro menjadi filem paling singkat berada dipanggung wayang apabila mampu bertahan selama 4 hari sahaja.

Diharap tahun 2018 akan memberi sinar baru kepada industri filem tempatan. Dengan beberapa filem tempatan yang dijangka pecah panggung seperti filem Polis Evo 2, KL Special Force, Hantu Kak Limah 3 dan beberapa filem lain, diharap bilangan penonton pada tahun ini akan meningkat berbanding tahun sebelumnya

Sumber: Finas

Related posts

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee

Filem Yang Mewakili Malaysia Ke Oscar, ‘Prebet Sapu’ Akan Ditayangkan Di Pawagam 16 Disember Ini

Kakimuvee

Syarikat Penyiaran Hanya Mahu Pelakon Yang Miliki Lebih 1 Juta Pengikut Instagram

Kakimuvee

Pengarah PREBET SAPU ‘Bakar’ Beto Kusyairy

Kakimuvee

Tayangan Perdana ‘Mechamato’ Monsta di Cartoon Network, Disember 4

Kakimuvee

Syamsul Yusof Goda Plot Untuk ‘KL Gangster 3 The Finale’, Akan Melawan Mafia Antarabangsa

Kakimuvee

Leave a Comment