Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Lebih Banyak Tayangan Perdana Kandungan India Tempatan & Antarabangsa Di Astro

Siaran Media

Dalam meraikan Tahun Baru untuk pelbagai komuniti India di Malaysia, Astro terus memberi penekanan kepada program dan bakat tempatan, dan dengan berbesar hati membawakan tayangan perdana untuk 6 program tempatan iaitu program muzikal khas buat perayaan tahun baru Vaisakhi, O’ Yaara Aayi Vaisakhi; telefilem khas perayaan tahun baru Ugadi, Jagadanandakaraka; sebuah muzikal khas perayaan tahun baru Vishu, Vishuppulari; telefilem khas perayaan tahun baru Chithirai Puthandu, Sara; konsert Kaigeh Turun; dan Supramani, siri komedi fantasi Tamil tempatan yang pertama. 

Marc Lourdes, Naib Presiden, Perniagaan Saluran India, Astro, berkata, “Tahun ini, komuniti India tempatan akan dapat menikmati lebih banyak kandungan tempatan yang baharu dalam pelbagai dialek termasuk Bahasa Punjabi, Tamil, Malayalam dan Telugu, serta sebilangan program premium dari India. Pelanggan juga boleh strim program-program ini pada bila-bila masa menerusi On Demand dan Astro GO.:

“Kami juga teruja kerana dapat memberikan mereka yang mengikuti platform digital Astro Ulagam kami dengan siri web Tahun Baru yang eksklusif, sama seperti yang kami lakukan pada Deepavali yang lalu. Di RAAGA, kami akan mengadakan konsert maya yang menampilkan artis tempatan yang popular. Kami juga ingin mengucapkan kepada rakan India kami, Vaisakhi Diyan Lakh Lakh Vadhaiyan, Ugadi Subhakankshalu, Vishu Ashamsakal, dan Chithirai Puthandu Vaazhthugal. Terima kasih kerana menyokong Astro sepanjang 25 tahun ini. Kami berharap agar dapat terus menghiburkan anda untuk tahun-tahun yang akan datang.

Pelanggan Astro boleh menikmati program tempatan seperti berikut:  

  • O’ Yaara Aayi Vaisakhi, ‘Vaisakhi’ – sebuah program muzikal khas Punjabi, diarahkan oleh pengarah tempatan, S A Thurai bersama barisan pelakon Malaysia seperti Arvinder Raina, Kiret Singh, Ashvinder Kaur dan ramai lagi, menampilkan aspek tradisional sambutan perayaan dengan persembahan yang menghiburkan. 
  • Kaigeh Turun, sebuah konsert Tamil yang menampilkan penyanyi lagenda tempatan termasuk Darkkey, OG Dass, Mista G, Lockup Nathan, Lockup Xavier, SP Ragu, Coco Nantha and ramai lagi. Diarahkan oleh pengarah filem yang berpengalaman, Dev Rajah dan dihoskan oleh ‘Punnagai Poo’ Gheeta dan Jaya Rajendran. 
  • Supramani, siri komedi fantasi dan merupakan siri Tamil tempatan pertama yang menampilkan robot, diarahkan oleh pengarah tempatan, Muralikrishnan Munian dan dibintangi oleh Magendran Raman, Tashayini, Kabilan dan Hemaji.  
  • Jagadanandakaraka, sebuah telefilem khas ‘Ugadi’ yang mendebarkan, diarahkan oleh pengarah tempatan Naavin Samrat dan mengetengahkan bakat tempatan seperti Prakash Rao, Komalaa Naaidu, Sarath Kumar dan Vanishrri. 
  • Vishuppulari, sebuah program muzikal khas ‘Vishu’ tentang budaya dan tradisi, daripada pengarah tempatan, S A Thurai, menampilkan penyanyi dan pelakon terkenal tempatan seperti Datin Sri Shaila, Vani Nethiar, Shastan K, Sabesh Manmathan, Hashmitha Selvam dan Sri Srinivas. 
  • Sara, sebuah telefilem khas Chithirai Puthandu berbahasa Tamil yang seram, diarah dan dihasil serta dibintangi oleh Shalini Balasundaram, termasuk Devyanaa, Krithigah Nair dan Vemanna. 

Pelanggan juga boleh menikmati tayangan perdana program-program antarabangsa termasuk temu bual khas, Thalaivi Special dan Karnan Special yang menampilkan pelakon serta kru dari filem biografi ‘Thalaivi’ dan filem aksi drama ‘Karnan’; filem berkonsep drama dan sukan, Kalathil Santhippom yang dibintangi oleh Jiiva, Arulnithi Tamilarasu, Manjima Mohan, Priya Bhavani Shankar, program bual bicara, Special Pattimandram bersama Kalaimamani Dinduga I. Leoni; program hiburan, Moi Virundhu; animasi fiksyen sejarah, Dhira, disuarakan oleh pelakon India popular, Vijay Sethupathi; serta episod baharu program realiti muzik selebriti, Rockstar yang menampilkan penyanyi-penyanyi lagenda seperti Devi Sri Prasad, Mano, Sinivas dan ramai lagi. 

Sebagai tambahan, semua rakyat Malaysia boleh strim New Year Galatta, sebuah siri web drama keluarga yang menyentuh perasaan bakal ditayangkan menerusi Astro Ulagam, karya pengarah tempatan, Satish Natarajan yang menampilkan bakat tempatan seperti Tivagaran, Sandhya, Manivannan, Meshalini Sakhti, Veneeth Menon, Krithigah, dan ramai lagi. Manakala di bahagian radio pula, peminat RAAGA boleh strim konsert secara maya, Enna Matter’Na Chittirai Putthandu Kondattam menerusi Facebook RAAGA.

Related posts

Tayangan Perdana ‘Take CTRL’ Siri Asli Komedi Keluarga Di Astro

Kakimuvee

Astro Beri Akses Tontonan Percuma Untuk Semua Saluran Filem & Korea Mulai 29 Januari – 6 Februari 2022

Kakimuvee

VIVO Melancarkan ‘Shout it Out’, Filem Pendek Terinspirasi Berdasarkan Kisah Benar Seorang Atlet Para Yang Tekad

Kakimuvee

Kehadiran Elizad Sharifuddin & Iqram Dinzly Suntik Kelainan Dalam Drama “Hati Yang Dikhianati”

Zulaikha

WeTV Malaysia Mempersembahkan Siri Original Pertamanya, VILLA KRISTAL

Zulaikha

Filem Terbaru Adrian Teh “The Assistant” Akan Ditayangkan Mac Ini, Saksikan Trailer & Poster Rasmi Pertama Disini

Kakimuvee

Gandingan Mantap Shukri Yahaya, Janna Nick & Khai Bahar Dalam Drama Terbaru “Shakira”

Kakimuvee

‘Saat Kau Takluk Cinta Ini’ Akan Mengisi Slot Samarinda Bermula 20 Disember 2021

Zulaikha

‘Roh’ Dinobatkan Filem Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-31

Kakimuvee

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee