Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Lebih Banyak Program Terhangat Korea Di Astro Pada Oktober Ini


Pada Oktober ini, peminat hiburan Korea boleh menikmati lebih banyak drama, filem dan program pelbagai Korea serta berhibur dengan cerita menarik tentang percintaan, komedi, jenayah, drama kekeluargaan dan persahabatan di TV menerusi ONE (Saluran 393 HD), tvN (Saluran 395 HD), KBS World (Ch 392 HD), K-Plus (Saluran 396 HD) dan tvN Movies (Saluran 416 HD).

Peminat juga boleh strim episod-episod yang disediakan, pada bila-bila masa, di mana jua menerusi On Demand dan Astro GO. 

Peminat boleh menantikan tayangan perdana program-program berikut:  

Siri drama romantik, Cheer Up, ditayangkan 24 jam selepas Korea, menampilkan Han Ji Hyun, Bae In Hyuk, Jang Gyu Ri dan ramai lagi, bermula 4 Oktober di ONE (Saluran 393 HD). 

Siri drama komedi, Gaus Electronics, ditayangkan 24 jam selepas Korea, dibintangi Kwak Dong-Yeon, Go Sung-Hee, Bae Hyun-Sung, Kang Min-Ah dan ramai lagi, bermula 1 Oktober di K-Plus (Saluran 396 HD).

Siri drama komedi percintaan, Three Bold Siblings, lakonan Lee Ha Na, Im Joo Hwan dan Lee Tae Sung, bermula 1 Oktober di KBS World (Saluran 392 HD).


Siri drama jenayah, Bad Prosecutor, menampilkan Doh Kyung-Soo (EXO), Lee Se Hee dan Ha Joon, bermula 13 Oktober di KBS World (Saluran 392 HD).

Siri drama kekeluargaan, Vengeance of the Bride, dibintangi Park Ha-Na, Son Chang-Min dan ramai lagi, bermula 17 Oktober di KBS World (Saluran 392 HD). 

Siri drama romantik, Romantic Hacker, membariskan Kwon Hyun-bin, Im Na-young dan Lee Su-woong, bermula 31 Oktober di K-Plus (Saluran 396 HD). 

Siri drama kekeluargaan, The Inheritors, dibintangi Lee Min-Ho, Park Shin-Hye dan Kang Ha Neul, bermula 20 Oktober di ONE (Saluran 393 HD).

Filem kekeluargaan, Cassiopeia, menampilkan Seo Hyun-Jin, Ahn Sung-Ki dan Joo Ye-Rim, pada 22 Oktober di tvN Movies (Saluran 416 HD).

Program pelbagai, House on Wheels 4, berkisahkan tentang persahabatan yang ditayangkan pada Minggu Sama dengan Korea, dibintangi Sung Dong-il, Kim Hee-won dan Rowoon (SF9), bermula 26 Oktober di tvN (Saluran 394 HD). 

Untuk maklumat lanjut, layari content.astro.com.my.


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee