Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Lebih Banyak Pilihan Kanak-Kanak di Musim Cuti Sekolah ini

Program musim cuti di Astro Ceria dan TVIQ dijamin berinfomasi dan menghiburkan

Cuti pertengahan tahun sekolah telah tiba! Nikmati program edutainment tanpa henti selama dua minggu dengan program kegemaran keluarga di Astro Ceria (saluran 631) dan  Astro TVIQ (saluran 610).  

Ikuti siri terbaharu, Beyblade Metal Fusion, tentang pengembaraan Gingka Hagane, seorang Blader yang  ingin mencari masa lalunya dan mencuba untuk bersaing mengalahkan organisasi Dark Nebula yang jahat.  Beyblade Metal Fusion boleh dinikmati di Astro Ceria, setiap Isnin hingga Khamis, jam 3 petang.  

Siri kegemaran ramai, Doraemon juga akan menghiburkan kanak-kanak dan seisi keluarga dengan episod  -episod baharu, di Astro Ceria setiap Isnin hingga Khamis, jam 2 petang.  

Sekiranya anda suka tayangan filem-filem kegemaran pada waktu malam, ikuti  Popcorn Ceria, setiap Sabtu dan Isnin, jam 9 malam untuk pilihan filem yang  menarik bersama seisi keluarga. Nikmati pelbagai pilihan filem seperti Shrek 2,  Kung Fu Panda 3, Mega Monster Battle: Ultra Galaxy, Ultraman Zero: The  Revenge of Belial dan Ultraman Saga 2. 

Jangan terlepas rancangan realiti terbaharu Ceria, Ceria Popstar 2021, yang  akan ditayangkan pada setiap Rabu, jam 9 malam. Pertandingan nyanyian  kanak-kanak berunsurkan komedi ini akan menampilkan Bintang-Bintang Terbaik Malaysia sebagai juri dan hos rancangan, juga menampilkan kejutan  terbesar! 

Astro TVIQ juga akan menawarkan beberapa rancangan baharu. Antaranya, rancangan mesra prasekolah  seperti The Fixies (siri komedi mengenai pengembaraan Tom Thomas yang berusia 10 tahun dan  persahabatan rahsia Tom bersama Simka dan Nolik, anak-anak keluarga Fixie yang tinggal di rumah pangsanya), setiap hari pada jam 9 pagi; Bamboo Love (siri mengenai percubaan pertama dan peluang  kedua serta kaedah untuk mengajar kanak-kanak untuk terus berusaha), setiap hari pada jam 8 pagi dan  program aksi langsung, juga pemenang anugerah seperti History Hunters, The Dengineers, dan Kitchen  Science yang disediakan untuk mendidik dan menghiburkan. 

Strim rancangan-rancangan Astro Ceria dan TVIQ pada bila-bila masa menerusi On Demand. Para  pelanggan Astro juga dapat menyaksikan kesemua saluran kanak-kanak termasuk TA-DAA!, Cartoon  Network, Nickelodeon, Boomerang, Nick Jr., Astro Ceria dan Astro Xiao Tai Yang, secara percuma dari  sekarang hingga ke 7 Jun 2021. Untuk ketahui lebih lanjut tentang program, layari  https://content.astro.com.my/kids.  

Related posts

5 Animasi Tempatan Untuk Memberi Hiburan Kepada Kanak-Kanak Pada Hari Malaysia Ini

Kakimuvee

DRAMA ‘THE HOTEL’ BERI PERSPEKTIF LAIN TENTANG ISU KESIHATAN MENTAL

Zulaikha

Anime Pertama Tempatan ‘Satria 7 Pahlawan’ Akan Tersedia Di Netflix Selasa Ini

Kakimuvee

Drama Terbaru ‘HASRAT TERSIRAT’ Sarat Dengan Konflik

Zulaikha

ASTRO SIAR TAYANGAN EKSKLUSIF ‘ALL TOGETHER NOW MALAYSIA’ SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-25

Zulaikha

5 Rancangan Tempatan Yang Pernah Kita Tonton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

Leave a Comment