Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Lebih Banyak Cameo Dalam “Doctor Strange in the Multiverse of Madness”

Beberapa minggu yang lalu, telah didedahkan bahawa Doctor Strange in the Multiverse of Madness sedang menjalani satu siri penggambaran semula yang sangat penting menjelang Krismas.

Walaupun penggambaran semula adalah pekara biasa bagi Marvel Studios untuk memasukkan beberapa rakaman tambahan ke dalam projeknya, sebilangan peminat tetap tertanya-tanya sama ada berita itu harus dianggap serius atau pekara biasa. 

The Hollywood Reporter telah berkongsi kemaskini yang agak menarik yang mendedahkan bahawa penggambaran semula Doctor Strange 2 mungkin hasil daripada siri Loki dan filem terbaru Spider-Man: No Way Home. 


Memandangkan kedua-dua entri terbaru MCU itu melibatkan dunia ‘Multiverse’, Marvel Studio dikatakan “teruja dengan ramai pelakon bertemu antara satu sama lain dalam No Way Home, dan keseronokan mempunyai versi alternatif watak yang muncul di skrin dalam Loki.

Hasilnya, keputusan telah dibuat untuk “menjadi multiverse lebih menyeronokkan” dalam sekuel Doctor Strange, menurut satu sumber. Ini bermakna, “lebih banyak ‘cameo’ dan pengenalan watak baru”, serta petanda baik bahawa filem ini akan membawa penonton ke beberapa tempat atau dunia yang tidak dijangka. 

Sebelum ini, terdapat khabar angin mengenai penglibatan Sir Patrick Stewart sebagai Professor X, dan mana tahu, mungkin lebih banyak watak yang dikenali penonton dalam Marvel Universe, dibawa ke Multiverse of Madness. 

Digambarkan sebagai filem seram pertama MCU, Doctor Strange in the Multiverse of Madness dibintangi Benedict Cumberbatch sebagai Dr. Stephen Strange dan Elizabeth Olsen sebagai Wanda Maximoff/Scarlet Witch. Mereka berdua turut disertai Chiwetel Ejiofor sebagai Baron Mordo, Benedict Wong sebagai Wong, Rachel Anne McAdams sebagai teman wanita Doctor Strange, Christine Palmer dan Xochitl Gomez sebagai Miss America. 

Sam Raimi (trilogi Spider-Man) menggantikan tempat Scott Derrickson sebagai pengarah, manakala lakonlayar ditulis oleh Michael Waldron (Loki).

Doctor Strange in the Multiverse of Madness dijadualkan tayangan pada 6 Mei 2022. 

 

Related posts

“Guardians of the Galaxy Vol. 3” Akan Menjadi Yang Terakhir Buat Pasukan Superhero Galaksi MCU

Kakimuvee

Poster Terbaru “The Batman” Mempamerkan Penguin dan Riddler

Kakimuvee

“Mortal Kombat 2” Kini Sedang Dibangunkan, Jeremy Slater Jadi Penulis

Kakimuvee

Dwayne Johnson Bangunkan Filem Adaptasi Permainan Video Terbaru

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee