Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Lebih Banyak Belanja, Lebih Banyak Jimat Dengan Kempen ‘Macam-Macam Ada’ Astro Go Shop

SIARAN MEDIA

Go Shop, platform beli-belah barangan rumah dan e-dagang di Malaysia, melancarkan kempen ‘Macam-Macam Ada’ pada bulan ini untuk menawarkan tawaran terbaik merangkumi pelbagai kategori termasuk barangan kesihatan, dapur dan makanan, rumah dan kediaman, fesyen dan kecantikan, elektronik, serta kategori terbaharu – pelancongan.


Pelanggan boleh menikmati RM20 diskaun dengan menggunakan kod ADA20 dengan berbelanja serendah RM220 serta menerima baucar sebanyak RM20 untuk pembelian seterusnya. 

Pelanggan yang inginkan percutian tempatan yang singkat tetapi berbaloi boleh membeli pakej percutian ‘Let’s Go Cuti!’ dengan harga di bawah RM80 untuk menikmati percutian ke Cameron Highlands dan Port Dickson. Selain itu, Go Shop juga menawarkan barangan keperluan percutian daripada jenama seperti Urbanlite, Barry Smith serta diskaun sebanyak 40% untuk jenama elektronik dan digital terkemuka seperti Vivo, OPPO, Huawei, Xiaomi dan Samsung. 

Pelanggan akan dapat menikmati penjimatan sehingga RM50 apabila mereka membeli-belah dengan pembayaran melalui rakan kongsi pembayaran Go Shop – CIMB, RHB, VISA, Hoolah dan Grab. Selain itu, pelanggan juga boleh memperoleh 5% Go Points untuk setiap pembelian dan mendapatkan Go Points tambahan dengan minimum tiga pesanan setiap bulan. 

Sempena bulan Jun ini, Go Shop memperkenalkan dua program baharu pada saluran-saluran, laman sesawang dan aplikasi mudah alihnya : 

  • Teratak Sihat menampilkan tawaran terhebat untuk makanan kesihatan, vitamin, makanan tambahan dan lebih lagi.
  • Setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat pada jam 11 pagi di Astro CH118
  • The Premium memaparkan pilihan eksklusif produk fesyen dan kecantikan daripada jenama seperti Melvita, Crabtree & Evelyn, Bonia, Sothys dan banyak lagi.
  • Setiap hari Sabtu pada jam 11 pagi di Astro CH111

Dapatkan lebih banyak tawaran menarik melalui Go Shop di Astro – Go Shop RUUMA (CH118), Go Shop GAAYA (CH120), Go Shop BAARU (CH111) dalam Bahasa Malaysia dan CH303 dalam Bahasa Mandarin. Untuk maklumat lanjut, layari www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store. 

Related posts

“Mat Kilau” Terus Tambah Kutipan Tiket, Kumpul RM3 Juta Dalam Tempoh 3 Hari

Kakimuvee

“Mat Kilau” Catat Kutipan RM1 Juta Pada Hari Pertama

Kakimuvee

Viu Hasilkan Semula K-Drama Popular, She Was Pretty dalam Bahasa Malaysia

Kakimuvee

Luangkan Masa Pada ‘Hujung Minggu Bersama Didi & Friends’ pada 24 – 26 Jun Ini

Kakimuvee

“Special Force: Anarchy” Bakal Datang Ke Disney+ Hotstar Di Malaysia

Kakimuvee

Belum Tayang Di Pawagam, “Mat Kilau” Sudah Terpalit Dengan Kontroversi

Kakimuvee

Leave a Comment