Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Lebih 500 Pawagam Di China Dibuka Semula

Dikala dunia sedang berperang dengan pandemik Covid-19, China membuktikan bahawa negara mereka semakin bebas dari cengkaman virus merbahaya itu apabila sejumlah lebih 500 pawagam kembali dibuka.

Menurut laporan dari media antarabangsa, antara daerah yang kembali membuka pawagam adalah Xinjiang, Inner Mongolia, Sichuan, Qinghai, Henan, Fujian dan Guangdong.


Walaupun kembali beroperasi, orang ramai dilihat masih lagi berhati-hati untuk keluar dari rumah kerana bimbang dijangkiti virus Covid-19.

Beberapa filem dilaporkan dalam senarai tayangan antaranya Wolf Warrior 2, American Dreams In China, The Wandering Earth dan Wolf Totem. Terdapat juga perkhabaran yang mengatakan bahawa Disney/Marvel akan menayangkan semula filem The Avengers, manakala Warner Bros. akan menayangkan filem Harry Potter and The Sorcerer’s Stone versi 3D-4K. Namun begitu ia masih belum disahkan.

Pandemik Covid-19 dilihat semakin serius dibeberapa negara seperti Itali, Iran, Amerika Syarikat dan juga negara kita, Malaysia sehingga memaksa pihak kerajaan mengambil langkah mengehadkan pergerakan orang awam dan menutup pintu sempadan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Related posts

Samuel L. Jackson Bergandingan Dengan Chris Pratt Dalam Filem Animasi Terbaru “Garfield”

Kakimuvee

Kutipan Terkumpul “Doctor Strange 2” Kini Melebihi AS$800 Juta

Kakimuvee

Warner Bros. Umum Tarikh Tayangan “Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore” Di HBO Max

Kakimuvee

Trailer Pertama “Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One” Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer & Poster Terbaru “Thor: Love and Thunder” Soroti Penjahat Gorr the God Butcher

Kakimuvee

Astro Shaw Dapat Lesen Hak Cipta Untuk Hasilkan Filem Aksi Langsung “Keluang Man”

Kakimuvee

Leave a Comment