Berita

Lebih 20 Ribu Pawagam Di China Berpotensi Untuk Ditutup Selama-lamanya

Views

Selepas gagal membuka semula pawagam di seluruh negara, pawagam China kini menghadapi dilema besar dikala pandemik berterusan yang terus meragut nyawa dan memberi kesan ekonomi di seluruh dunia.

Menurut South China Post, satu tinjauan telah dibuat oleh China Film Association bagi melihat keadaan semasa ribuan pawagam di China. Dalam tinjuan tersebut, sebanyak 40% pawagam berpotensi untuk ditutup secara kekal dan diisytihar bankrup selepas tidak beroperasi dalam tempoh yang agak lama akibat pandemik COVID-19.

Terdapat sejumlah 69,800 skrin pawagam yang beroperasi pada akhir tahun 2019. Ini bermakna, dianggarkan sebanyak 27,920 layar dan 5,000 tempat terpaksa ditutup selama-lamanya jika keadaan tidak kembali pulih.

China Film Association turut menyatakan bahawa jika pawagam dibuka semula pada bulan Jun ini, pendapatan pawagam berpotensi mencapai tahap normal setelah enam bulan. Namun, jika pembukaan penuh pawagam dianjak ke bulan Oktober, pendapatan tahun ini akan merosot sebanyak 91%

China berharap dapat membuka semula pawagam untuk membantu meningkatkan industri perfileman di negara mereka. Namun, usaha mereka untuk kembali menghidupkan industri filem nampaknya menjadi sia-sia selepas terdapat laporan peningkatan kes-kes baru COVID-19.

BACA:  Selepas Berbulan Ditutup Akibat COVID-19, Ini Filem-Filem Yang Bakal Ditayangkan Dipawagam Julai Ini.

Pawagam di China telah ditutup selama lebih dari 130 hari selepas diarahkan pemerintah pada 23 Januari yang lalu, dan menjadi penutupan pawagam terpanjang berbanding negara lain.

Tinggalkan Balasan

shares