Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Lebih 1.28 Juta Tonton “Mechamato Movie”


Filem animasi terbaru tempatan Mechamato Movie berjaya menarik lebih 1.28 juta penonton dalam tempoh tayangan 11 hari. 

Jumlah tersebut menyaksikan filem terbaru Monsta itu mengumpul RM18.3 juta, menghampiri rekod kutipan Boboiboy Movie, yang mengutip RM21 juta dalam tempoh yang sama. 

Walaupun berhadapan dengan saingan sengit filem blockbuster Avatar: The Way of Water, Mechamato Movie dijangka dapat menambah kutipan tiket, selepas pihak pawagam menambah slot tayangan filem animasi itu sejak beberapa hari yang lalu. 

“Mechamato Movie berkisarkan pengembaraan seorang pemuda bernama Amato (Ayah kepada BoBoiBoy) yang secara tidak sengaja menjadi pemilik MechaBot, sebuah Power Sphera yang mempunyai kebolehan untuk ‘Mechanize’ dengan objek lain. Bersama-sama, mereka boleh bergabung menjadi seorang wira berperisai, Mechamato!”

Selain filem, siri penuh Mechamato musim pertama kini boleh ditonton di Netflix dalam enam jenis bahasa berbeza seperti bahasa Malaysia, Inggeris, Jepun, Korea, Mandarin dan Thai. Turut disediakan adalah tujuh jenis sari kata berbeza seperti Tagalog dan bahasa Indonesia.


Mechamato Movie kini sedang ditayangkan di pawagam


Related posts

Alya Iman & Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla di Viu

Kakimuvee

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee