Lebanon dikatakan sedang mempertimbangkan untuk melarang tayangan filem superhero DC Wonder Woman di negara mereka. Ini gara-gara status kewarganegaraan pelakon utama filem berkenaan, Gal Gadot yang merupakan seorang warganegara Israel.
Lebanon dan Israel secara teknikalnya adalah dua buah negara yang berperang, dan kerajaan Lebanon telah memboikot apa-apa barangan atau produk dari negara Israel serta melarang rakyatnya dari melawat negara berkenaan.
Bagaimanapun, buat masa ini pegawai kerajaan berkata, mereka belum menerima apa-apa permohonan untuk melarang filem berkenaan dari ditayangkan dinegara mereka.
Menurutnya lagi, larangan tersebut memerlukan perbincangan dan persetujuan 6 ahli committee dalam Kementerian Ekonomi, bagaimanapun proses berkenaan masih belum berjalan.
Hari ini, tayangan premier filem Wonder Woman dijadualkan akan berlangsung di salah sebuah pawagam di bandar Beirut. Poster-poster dan digital billboard filem berkenaan juga sudah terpampang di seluruh bandar berkenaan.

Untuk rekod, Gal Gadot menyokong usaha Israel dalam peperangan Gaza-Israel pada tahun 2014, dan mendoakan kejayaan operasi ketenteraan.
“who are risking their lives protecting my country against the horrific acts conducted by Hamas.” – melalui statusnya di laman Facebook.
Gal Gadot merupakan bekas Miss Israel dan kemudiannya berkhidmat secara mandatori untuk angkatan tentera Israel selama dua tahun sebelum beralih ke bidang lakonan. Dia mula dikenali selepas membintangi filem franchise Fast and Furious dan semakin menyinar selepas membawakan watak Wonder Woman dalam filem Batman V Superman: Dawn of Justice.
1 comment
banned saja apa yg berkait dengan israel..tp gal gadot..mmg pergghhh hahahaha