
Netflix telah melancarkan teaser pertama We Can Be Heroes, filem adiwira arahan Robert Rodriguez yang juga merupakan ‘stand-alone’ sekual kepada filem The Adventures of Sharkboy and Lavagirl in 3-D (2005)
We Can Be Heroes tentang sekumpulan anak-anak kepada adiwira Bumi yang secara tiba-tiba terpaksa memikul tanggungjawab berat selepas ibubapa mereka diculik oleh makhluk asing. Mereka perlu belajar untuk bekerjasama dalam usaha untuk menyelamatkan ibubapa mereka dan menyelamatkan dunia.
Filem ini dibintangi YaYa Gosselin (The Purge), Pedro Pascal (The Mandalorian), Priyanka Chopra Jonas (Quantico), pemenang anugerah Globe Christian Slater (Mr. Robot), Boyd Holbrook (Logan), Christopher McDonald (Ballers), dan Adriana Barraza (Babel).
Turut menyertai barisan pelakon adalah Vivien Blair (Bird Box), Isaiah Russell-Bailey (Family Reunion), Akira Akbar (Captain Marvel), Lyon Daniels (Patriot), Nathan Blair (Best. Work. Weekend. Ever.), Lotus Blossom (Magic Max), Hala Finley (Man with a Plan), Andy Walken (The Kids Are Alright), Dylan Henry Lau (Here and Now), Andrew Diaz (The Kid’s New Years Party!), Taylor Dooley (The Adventures of Sharkboy and Lavagirl 3-D), Sung Kang (F9), Haley Reinhart (F Is for Family), Brittany Perry-Russell (Family Reunion), dan Brently Heilbron (Red 11).
We Can Be Heroes ditulis, diarah dan diterbitkan oleh Rodriguez (Spy Kids, Machete, Sin City, Alita: Battle Angel) dan akan ditayangkan di Netflix pada perayaan Tahun Baru.