Walapun filem kelimaTransformers The Last Knight catat kutipan paling rendah dalam franchise Transformers pada minggu pembukaan, ia tidak menghalang untuk filem tersebut menunjukkan prestasi baik diperingkat antarabangsa.
Filem keluaran Paramount Pictures tersebut berjaya mengutip sebanyak $254.3 juta hanya 5 hari selepas memulakan tayangan di peringkat antarabangsa dengan China, Korea, Russia dan UK memberikan jumlah kutipan paling tinggi pada minggu pertama tayangan.
Pasan China sahaja memberikan $123.4 juta kepada filem The Last Knight, diikuti Korea memberikan pulangan sebanyak $13 juta, Russia pula $8.9 juta dan UK sebanyak $5.7 juta.
Dijangka, The Last Knight akan meneruskan kutipan mereka diperingkat global apabila beberapa negara akan menayangkan filem ini seperti France (June 28), Brazil (July 20), Mexico (July 21), Japan (August 4) dan Spain (August 4).
Sementara itu, untuk panggung IMAX, The Last Knight mencatat kutipan kedua tertinggi dalam franchise Transformers dibelakang filem Age of Extinction dengan kutipan sebanyak $24.3juta di 1,042 panggung IMAX diseluruh dunia.