Filem terbaru Michael Bay, Transformers: The Last Knight mencatat kutipan paling rendah setakat dalam berbanding dengan filem-filem Transformers sebelum ini. Filem ini mencatat kutipan sebanyak $65juta pada minggu pertama berbanding filem terdahulu yang berjaya mengutip lebih $100 juta pada tempoh yang sama.
Walaupun Transformers: Age of Extinction, dan The Dark of The Moon yang menerima kritikan negatif, sama seperti The Last Knight. filem berkenaan mampu mengaut $100 juta Dollar pada minggu pertama dan melepasi rekod $1 billion dari seluruh dunia selepas filem berkenaan tamat tayangan di pawagam.
Menurut laporan Deadline, filem kali ini dilihat sukar untuk meneruskan kutipan filem-filem terdahulu, dan dianggap bernasib baik jika ia mampu mengutip $300 juta di pasaran China.
China dianggap sebagai talian hayat filem-filem Hollywood sekirannya filem mereka flop dinegara sendiri dan juga dianggap sebagai lubuk kerana pasaran di negara terbabit begitu besar dan mampu menjana berjuta-juta dollar dari segi kutipan tiket bagi sesebuah filem.
Transformers: The Last Knight menerima hanya 16% rating dari laman kritik terkenal Rottentomatoes. Review negatif yang diterima dikhuatiri akan menjejaskan kutipam filem berkeaan dan jika ia berterusan, filem ini akan menjadi filem paling rendah kutipan tiket dalam senarai franchise