Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

The Last Jedi Lepas Angka $600 Juta, Jumanji Tambah $7.6 Juta lagi


Filem Star Wars: The Last Jedi arahan Rian Johnson telah melepasi angka $600 juta kutipan tiket seluruh dunia apabila menambah $17.8 juta untuk pasaran domestik dan $18.9 juta untuk pasaran antarabangsa menjadi jumlah keseluruhan kutipan minggu kedua adalah sebanyak $36.7 juta dan $635.3 juta jika dicampurkan dengan kutipan minggu lalu.

The Last Jedi mencipta rekod kutipan tertinggi minggu pertama tahun 2017 apabila berjaya mengutip sebanyak $220 juta dolar. Dijangka, kutipan filem ini akan meningkat dengan mendadak apabila ia ditayangkan di pasaran China pada 5 Januari 2018.

Sementara itu, filem pengembaraan komedi lakoan Dwayne Johnson, Jack Black, Kevin Hart, dan Karen Gillan, Jumanji: Welcome to the Jungle telah menambah $7.6 juta dolar, menjadikan jumlah keseluruhan kutipan filem berkenaan untuk pasaran domestik mencecah $29.9 juta dolar.

Filem sekuel Jumanji itu telah menenerima gred A- dari penonton di laman web Cinemascore dan dijangka akan mengutip sehingga $45 juta menjelang hari Krismas.

Kedua-dua filem kini sedang ditayangkan di pawagam Malaysia dan jangan ketinggalan untuk menonton kedua-dua filem berkenaan pada hari minggu dan cuti ini



Related posts

The Mandalorian Bakal Mendapat Filem Sulung

Kakimuvee

CEO Disney Bob Iger Mahu Kurangkan Kandungan Marvel & Star Wars

Kakimuvee

‘Star Wars: Ahsoka’ Akan Dilancarkan Di Disney+ Hotstar Pada 23 Ogos Ini

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Lancar Trailer & Poster Terbaru “Star Wars: The Mandalorian” Musim 3

Kakimuvee

Star Wars: The Acolyte Akan Menjadi Siri Pertama Yang Diterajui Sith

Kakimuvee