Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Last Jedi Bukan Merujuk Kepada Satu Jedi, Tetapi Lebih

International Title Star Wars Episode VIII Last Jedi merujuk kepada lebih dari satu Jedi

Tajuk filem Star Wars Episode VIII: The Last Jedi yang diumumkan beberapa minggu yang lalu telah menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai siapakah Jedi terakhir dalam trilogi Star Wars. Ada yang mengatakan Luke Skywalker dan tak kurang juga beranggapan, Rey akan menjadi Last Jedi.

Namun info terbaru yang kami terima mengatakan Last Jedi bukan merujuk kepada satu individu, tetapi sekumpulan Jedi. Ini berdasarkan tajuk-tajuk Star Wars Episode VIII di beberapa negara seperti Perancis, Sepanyol dan Jerman yang mengambarkan Last Jedi merujuk kepada lebih daripada 1.

Ini petikan dari laman web Movie Pilot mengenai info terbaru ini.

The French, Spanish, and German titles for #StarWars8 have now been revealed, and each of them use the plural form of the noun in their respective languages: Les dernier, los ultimos, die letzen, etc. – Moviepilot.com

Tajuk ini bukanlah rekaan, sebaliknya diumumkan oleh laman twitter rasmi Star Wars baru-baru ini.

Jadi, berita terbaru ini memberi sedikit gambaran mengenai filem Star Wars akan datang, dan kita bakal melihat bukan seorang Jedi terakhir, tetapi sekumpulan Jedi.

Adakah filem Star Wars Episode VIII flashback kepada kemusnahan Jedi yang dibentuk oleh Luke Skywalker atau merujuk kepada Luke dan Rey?

Buat masa ini, kita tidak tahu adakah filem The Last Jedi bakal menunjukan Flashback bagaimana legasi Jedi yang dihidupkan kembali Luke Skywalker dimusnahkan oleh Kylo Ren yang telah berubah ke Dark Side.

Ini kerana, selepas Return Of Jedi, kita terus melihat First Order memburu saki baki Jedi iaitu Luke Skywalker dalam Force Awakens. Jadi, kisah diantara Return of Jedi dan Force Awakens kita tidak ketahui melainkan sedikit gambaran Flashback yang ditunjukkan dalam Force Awakens. Kita beranggapan, dengan penjelasan mengenai tajuk terbaru ini, mungkin Last Jedi merujuk kepada Luke dan Jedi-Jedi yang lain dan mereka menghadapi kuasa Dark Force yang ingin memusnahkan mereka. Dalam erti kata lain, lebih banyak flashback akan kita lihat dalam filem terbaru ini.

Kylo Ren & Knight of Ren dalam filem Force Awaken

Atau…

Last Jedi merujuk kepada Luke dan Rey dimana Luke akan melatih Rey menjadi seorang Jedi dan memerangi Kylo Ren dan First Order. Dan maksud “Last” mungkin merujuk kepada mereka berdua, Jedi terakhir yang wujud di galaksi sebelum dimusnakan oleh First Order.

Nampaknya, filem terbaru Star Wars ini kelihatan semakin menarik. Adakah filem kali ini bakal menunjukan titik penamat pahlawan Jedi ataupun hanya sekadar menimbukan spekulasi dikalangan peminat filem Star Wars sehingga ia ditayangkan nanti?

Kita tunggu tayangannya pada 15 Disember 2017 nanti.

Related posts

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Kenali Suspek-Suspek Terhebat Dalam “Glass Onion: A Knives Out Mystery”

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

6 Rancangan Korea Yang Akan Menghangatkan Disember Anda

Kakimuvee

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee

22 Filem Tempatan Yang Memperoleh Undian Pengguna Tertinggi Di IMDb

Kakimuvee

Leave a Comment