Berita

The Last Jedi Bantu Walt Disney Studios Catat Kutipan $6Billion

Views

Walt Disney Studios berjaya mengatasi pesaing mereka, Warner Bros. Pictures dalam kutipan keseluruhan domestik apabila berjaya mencatat kutipan sebanyak $2.27 billion berbanding Warner Bros. yang mengutip $2.02 billion. Kutipan memberangsangkan filem Star Wars: The Last Jedi dipasaran domestik telah membantu Walt Disney Studio menewaskan pesaing-pesaing mereka.

Bagi pasaran global, Walt Disney berada ditangga teratas studio paling tinggi kutipan tiket apabila mencapai kutipan $6billion, mengatasi Warner Bros. dan Universal Pictures yang masing-masing mengutip $5 billion.

Tahun ini, hanya 12 filem dihasilkan oleh Disney berbanding pesaingnya Warner Bros. Pictures yang menghasilkan 17 buah filem dan Universal Pictures yang menghasilkan 19 buah filem.

Dari 12 filem Disney, beberapa filem mereka telah melepasi angka $800 juta kutipan tiket antaranya Beauty of the Beast ($1.264 bilion), Spider-Man: Homecoming ($880 juta), Star Wars: The Last Jedi ($844 juta), Guardians of the Galaxy Vol. 2 ($864 juta), Thor: Ragnarok ($846 juta). Filem-filem Disney yang sangat sukses dari segi kewangan telah banyak membantu melonjakkan kutipan tiket studio Walt Disney Pictures pada tahun ini.

Tinggalkan Balasan

shares