Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Lance Reddick & Ian McShane Kembali Bersatu Dengan Keanu Reeves Dalam “John Wick: Chapter 4”

Dua pelakon utama John Wick akan kembali dalam filem keempat.

Menurut Deadline, pelakon Lance Reddick dan Ian McShane akan meneruskan peranan masing-masing sebagai Pramutamu Continental Hotel, Charon dan pengurus Continental Hotel cawangan New York, Winston dalam filem akan datang John Wick: Chapter 4. Penglibatan kedua-dua pelakon itu sudah dijangka memandangkan mereka berdua adalah pelakon tetap filem tersebut. 

“Saya sangat gembira menyambut Ian McShane kembali ke John Wick: Chapter 4 kata pengarah Chad Stahelski dalam satu kenyataan. “Dia bukan hanya pelakon yang luar biasa tetapi juga kolaborator yang sangat diperlukan yang telah membantu menentukan dunia John Wick.”

Ansuran keempat akan menyaksikan kepulangan Keanu Reeves sebagai pembunuhan yang sukar untuk dikalahkan. Kali terakhir wataknya dilihat adalah semasa di melarikan diri dan mengalami kecederaan parah selepas di dikhianati Winston lakonan Ian McShane.

Chad Stahelski kembali sebagai pengarah manakala lakon layar ditulis oleh Shay Hatten dan Michael Finch, yang mengambil alih francais dari pencipta John Wick, Derek Kolstad.

Menyertai Reeves adalah bintang pop Jepun-British Rina Sawayaman, Shamier Anderson (Awake), Bill Skarsgard (IT), Hiroyuki Sanada (Mortal Kombat) dan Donnie Yen (IP Man), yang dilaporkan bakal membawa watak rakan lama kepada John Wick. 

John Wick: Chapter 4 diterbitkan oleh Basil Iwanyk, Erica Lee dan Stahelski, dengan Reeves dan Louise Rosner akan bertindak sebagai penerbit eksekutif. Penggambaran telahpun bermula dan akan berlangsung di Perancis, Jerman dan Jepun. Filem terbaru ini dijadualkan tayangan pada 27 Mei 2022.

Related posts

Tonton Rakaman Terbaru Black Adam Menjelang Acara Maya DC FanDome

Kakimuvee

Pengakhiran Semakin Hampir – Netflix Dedah Teaser & Pandangan Pertama Money Heist, Part 5 Volume 2

Kakimuvee

Klip Pertama Eternals Tunjuk Kehebatan Kumpulan Superhero Melawan Raksasa Deviants

Kakimuvee

HBO Asia Original GENSAN PUNCH wins Kim Jiseok Award at Busan International Film Festival

Kakimuvee

The Batman Beri Peringatan Tentang Trailer Terbaru Di Acara Maya DC FanDome

Kakimuvee

DISNEY+ HOTSTAR BAWAKAN LEBIH KANDUNGAN BAHARU YANG TERUNGGUL DARI ASIA PASIFIK

Kakimuvee

Leave a Comment