Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Laman Web ‘The Matrix 4’ Dedah Rakaman Pertama Menjelang Pelancaran Trailer

Warner Bros. Pictures telah mengumumkan pelancaran trailer untuk ansuran keempat arahan Lana Wachowski, The Matrix Resurrections, iaitu pada 9 September ini. Pengumuman itu dibuat melalui laman rasmi filem tersebut WhatIsTheMatrix.com, yang turut memberikan rakaman pertama kepada penonton yang menantikan filem sekuel itu. Jika anda ingin melihat rakaman pertama The Matrix Resurrections, anda boleh klik pautan diatas. 

Seperti filemnya, laman web The Matrix 4 membenarkan penonton untuk memilih antara pil merah atau pil biru. Jika anda memilih pil merah, anda akan melihat teaser berserta narratif dari karakter misteri lakonan Yahya Abdul Mateen II, sementara pil biru akan membawa penonton melihat karakter lakonan Neil Patrick Harris.

Walau bagaimanapun, bahagian yang paling menarik dari setiap pilihan adalah bergantung pada waktu, anda dapat melihat salah satu daripada banyak teaser unik yang menampilkan beberapa rakaman terbaru yang melibatkan watak Neo lakonan Keanu Reeves, Trinity lakonan Carrie Anne Moss serta beberapa watak baru lakonan Jonathan Groff dan Jessica Henwick.

Bintang francais, Keanu Reeves dan Carrie-Anne Moss kembali menerajui dalam sekuel kali ini, meneruskan peranan ikonik mereka sebagai Neo dan Trinity. Menyertai mereka adalah Yahya Abdul-Mateen II, Priyanka Chopra Jonas, Jonathan Groff, Neil Patrick Harris, Jessica Henwick, Christina Ricci, Telma Hopkins, Eréndira Ibarra, Toby Onwumere, Max Riemelt, Brian J. Smith, Daniel Bernhardt sebagai Ejen Johnson, Lambert Wilson sebagai The Merovingian, dan Jada Pinkett Smith sebagai Niobe.

Lana Wachowski mengarahkan filem ini, dengan lakon layar yang ditulis olehnya bersama David Mitchell & Aleksander Hemon. Wachowski turut menjadi penerbit bersama Grant Hill dan James McTeigue.

The Matrix: Resurrections akan ditayangkan secara serentak di pawagam dan HBO Max pada 22 Disember 2021. 

Related posts

Klip Terbaru Venom: Let There Be Carnage Goda Transformasi Cletus Kasady

Kakimuvee

Randall Park, Jani Zhao Antara Yang Sertai Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Ultraman Musim Ke-2 Dapat Poster Teaser Dari Netflix Menjelang Pelancarannya Pada Tahun Hadapn

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

Leave a Comment