Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Laman Web Pelakon Dedah Kemungkinan Watak Villain “Doctor Strange 2”

Tidak banyak diketahui mengenai filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness yang akan datang, tetapi notis pelakon baru-baru ini mungkin memberi “hint’ tentang salah satu penjahat untuk filem ini. 

Baru-baru ini, CBR melihat nama Gargantos, raksasa laut dalam dunia Marvel Comics, di profil pelakon Yenifer Molina di laman rangkaian profesional Mandy, dengan sekuel arahan Sam Raimi yang akan datang disenaraikan di bahagian kredit halaman.


Kredit itu hanya disenaraikan sebagai “Gargantos Fight 2,” yang nampaknya mengisyaratkan tentang konflik yang akan melibatkan raksasa laut itu. 

Mungkin segelintir peminat tidak mengenai Gargantos, tetapi makhluk itu sudah lama wujud dalam dunia Marvel Comics. Karakter itu telah membut penampilan pertamanya dalam komik Sub-Mariner #13 pada tahun 1969, dan telah membuat penampilan singkat sepanjang beberapa dekad dalam pertempuran menentang pelbagai pahlawan.

Digambarkan sebagai filem seram pertama MCU, Doctor Strange in the Multiverse of Madness menyaksikan kepulangan Benedict Cumberbatch sebagai Dr. Stephen Strange. Kali ini Sorcerer Supreme akan disertai oleh Wanda Maximoff / Scarlett Witch, yang dilakonkan oleh Elizabeth Olsen. Sekuel ini dijangka akan berkait dengan peristiwa dalam siri WandaVision, Loki dan Spider-Man: No Way Home.

Sekuel ini bakal menampilkan alum MCU seperti Chiwetel Ejiofor, Benedict Wong, dan Rachel McAdams, yang kembali mengulangi peranan mereka sebagai Karl Mordo, Wong dan Dr. Christine Palmer. Ia juga akan menampilkan debut ‘live-action’ pertama untuk watak kegemaran peminat America Chavez yang akan dilakonkan oleh Xochitl Gomez (The Baby-Sitters Club).

Filem ini diarahkan oleh Sam Raimi (trilogi Spider-Man) dari skrip yang ditulis oleh Michael Waldron (Loki). Doctor Strange in the Multiverse of Madness dijadualkan tayangan pada 25 Mac 2022, sebagai sebahagian daripada Marvel Cinematic Universe Fasa 4.

Related posts

Netflix Perbaharui Siri Antologi Animasi Dewasa “Love, Death + Robots”

Kakimuvee

Sony Rancang Filem “Karate Kid” Baharu

Kakimuvee

Durasi Tayangan “John Wick 4” Mungkin Paling Panjang Dalam Francais

Kakimuvee

Daryl Akan Berhadapan Dengan Zombi Yang Lebih Laju Dalam Spin-Off Terbaru “The Walking Dead”

Kakimuvee

Paramount Pictures Tetapkan Tarikh Tayangan “Sonic the Hedgehog 3”

Kakimuvee

Foto Belakang Tabir “Echo” Menampilkan Kepulangan Vincent D’Onofrio Sebagai Kingpin

Kakimuvee

Leave a Comment