Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Lakaran Konsep AVENGERS: ENDGAME Dedahkan Sut Alternatif Untuk Penggembaraan Merentas Masa

Avengers: Endgame menyaksikan para wira Bumi menggembara ke masa lampau untuk mengambil Batu-Batu Infiniti. Bagaimana, mereka memerlukan sut khas yang sesuai untuk membawa mereka merentas masa (berkat gabungan teknologi Stark dan Pym).

Sut yang ditunjukkan dalam filem tidak dinafikan sangat menarik, tetapi mungkinkah ada yang lebih menarik?

Menerusi media sosial Instagram, pereka grafik Marvel Studios, Aleksi Briclot telah kongsikan lakaran konsep sut Avengers: Endgame yang mana ia juga boleh dikatakan agak menarik.

Rekabentuk yang dikongsikan Briclot hampir sama seperti yang asal, tetapi terdapat perbezaan yang cukup ketara, dimana sut tersebut lebih berwarna merah dan memiliki medan kuasa.

“Lakaran konsep untuk Nebula bersama sut penggembaraan masa dalam filem Avengers: Endgame. Warna yang lebih merah dan juga sedikit medan kuasa.”

Apapun, sut yang ditunjukkan dalam filem sudah cukup ikonik, tetapi jika diberi pilihan, apakah rekabentuk yang paling menarik. Di dalam filem atau dari lakaran konsep Briclot? anda boleh kongsikan pendapat anda diruangan komen.

Related posts

No Time To Die, A Quiet Place Part II, Morbius Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

Legendary Dedah Poster Terbaru “Godzilla vs Kong”, Trailer Akan Dilancarkan Ahad Ini

Kakimuvee

Chris Hemsworth Dedah Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Akan Bermula Minggu Ini

Kakimuvee

Wonka: Tom Holland & Timothée Chalamet Diintai Warner Bros. Untuk Peranan Utama Dalam Prekuel “Charlie and the Chocolate Factory”

Kakimuvee

Simu Liu Kata Shang-Chi Mampu Tewaskan Hulk & Iron Man!

Isqandar

Warner Bros. Akan Hasilkan Prekuel “Charlie and the Chocolate Factory”

Kakimuvee