Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Lakaran Konsep AVATAR 2 Pamerkan Jentera Bawah Air

Air akan menjadi latarbelakang utama dalam sekuel Avatar akan datang. Ini bermaksud, penonton dapat melihat jentera-jentera baru yang berfungsi dipermukaan atau didalam air.

Sehubungan dengan itu, laman Twitter rasmi Avatar telah kongsikan seni konsep yang menarik kepada penonton yang memaparkan teknologi baru dalam filem akan datang. Anda boleh gambar tersebut dibawah.

Avatar 2 menyaksikan beberapa pelakon asal akan kembali membawakan watak masing-masing. Mereka terdiri daripada Sam Worthington, Zoe Saldana, Joel David Moore, Dileep Rao, Stephen Lang, Matt Gerald dan Sigourney Weaver.

Turut menyertai barisan pelakon adalah Kate Winslet, Edie Falco, Michelle Yeoh, Vin Diesel, Jemaine Clement dan Oona Chapin dan beberapa pelakon muda yang lain.

Watak Colonel Miles Quaritch lakonan Stephen Lang dilaporkan turut kembali dalam 4 sekuel akan datang, dan kekal menjadi watak penjahat utama sepanjang keseluruhan filem. Penggambaran Avatar 2 dan Avatar 3 telah bermula sejak 25 September 2017.

Avatar 2 akan menemui penonton pada 16 Disember 2022.

Related posts

Nicolas Cage Tiada Perancangan Untuk Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee

OKU Pendengaran, Lauren Ridloff Kongsi Cabaran Di Set Penggambaran “Eternals”

Kakimuvee

Pengarah Andy Serkis Yakin, Venom Akan Bertemu Spider-Man Satu Hari Nanti

Kakimuvee

Siri Live-Action “She-Ra” Kini Sedang Dalam Pembangunan Awal Di Amazon

Kakimuvee

Tonton Trailer Pertama “Hawkeye”, Akan Tayang Di Disney+ Hotstar 24 November Ini

Kakimuvee

Dua Filem Marvel Tanpa Judul Dapat Tarikh Tayangan Pada 2024

Kakimuvee

Leave a Comment