Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Lakaran Konsep Avatar 2 Dedahkan Pandangan Memukau Pandora

Susulan selesainya penggambaran filem Avatar 2 pada Disember yang lalu, 20th Century Fox telah mendedahkan lakaran konsep rasmi filem arahan James Cameron itu yang memberikan pandangan visual Pandora yang sangat memukau. Anda boleh saksikan gambar-gambar menarik dibawah.

Avatar 2 menyaksikan beberapa pelakon asal akan kembali membawakan watak masing-masing. Mereka terdiri daripada Sam Worthington, Zoe Saldana, Joel David Moore, Dileep Rao, Stephen Lang, Matt Gerald dan Sigourney Weaver.

Turut menyertai barisan pelakon adalah Kate Winslet, Edie Falco, Michelle Yeoh, Vin Diesel, Jemaine Clement dan Oona Chapin dan beberapa pelakon muda yang lain.

Watak Colonel Miles Quaritch lakonan Stephen Lang dilaporkan turut kembali dalam 4 sekuel akan datang, dan kekal menjadi watak penjahat utama sepanjang keseluruhan filem. Penggambaran Avatar 2 dan Avatar 3 telah bermula sejak 25 September 2017.

Avatar 2 telah ditetapkan tarikh tayangan pada 17 Disember 2021, manakala Avatar 3 pada 22 Disember 2023. Filem Avatar 4 telah ditetapkan pada 19 Disember 2025 dan Avatar 5 pada 17 Disember 2027. Bagaimanapun, perancangan filem Avatar 4 dan bergantung pada kejayaan box office dua filem Avatar sebelum itu

Related posts

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Nicolas Cage Tiada Perancangan Untuk Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee

OKU Pendengaran, Lauren Ridloff Kongsi Cabaran Di Set Penggambaran “Eternals”

Kakimuvee

Pengarah Andy Serkis Yakin, Venom Akan Bertemu Spider-Man Satu Hari Nanti

Kakimuvee

Siri Live-Action “She-Ra” Kini Sedang Dalam Pembangunan Awal Di Amazon

Kakimuvee

Tonton Trailer Pertama “Hawkeye”, Akan Tayang Di Disney+ Hotstar 24 November Ini

Kakimuvee

Leave a Comment