
Menjelang tayangan perdana yang sangat dinanti-nantikan, butiran lagu pembukaan dan penamat Jujutsu Kaisen Musim 2 telah didedahkan, memberikan peminat gambaran awal tentang apa yang diharapkan apabila siri ini ditayangkan pada 6 Julai 2023
Lagu pembukaan Jujutsu Kaisen Musim 2 ialah “Ao no Sumika” (Blue House), nyayian Tatsuya Kitani, manakala lagu penamat untuk siri ini ialah “Akari” (Lantern) oleh Soushi Sakiyama. Kedua-dua single tersebut tidak akan dikeluarkan secara rasmi sehingga 19 Julai 2023, tetapi akan muncul dalam Musim 2 beberapa minggu lebih awal untuk peminat.
Musim kedua Jujutsu Kaisen akan mengadaptasi arka Kaigyoku/Gyokusetsu dan Shibuya Insiden dari manga asal yang terkenal itu.
Musim pertama telah ditayangkan pada 2020 sebanyak 24 episod di Crunchyroll, dan turut tersedia di Netflix. Ia segera menjadi popular dikalangan peminat. Filem prekuel, Jujutsue Kaisen 0 telah dilancarkan di Jepun pada 24 Disember 2021, dan sejak itu ia menjadi filem ke-64 yang mendapat kutipan tertinggi di box office Jepun.