Official Trailer

Lagi TV Spot Terbaru Star Wars: The Rise Of Skywalker Yang Memaparkan Aksi Sith Troopers

Views

Semakin menghampir tarikh tayangan, semakin giat Lucasfilm dan Walt Disney Pictures mempromosikan finale “Skywalker Saga”, Star Wars: The Rise of Skywalker. Terbaru, sebuah TV Spot telah dilancarkan pihak studio yang memaparkan aksi ‘Sith Troopers’ serta video featurette 40 tahun perjalanan Skywalker Saga.

Anda boleh saksikan kedua-dua video tersebut dipemain video dibawah.

Star Wars: The Rise of Skywalker dibintangi Daisy Ridley, Adam Driver, John Boyega, Oscar Isaac, Lupita Nyong’o, Domhnall Gleeson, Kelly Marie Tran, Joonas Suotamo, dan Billie Lourd. Mereka akan disertai beberapa pelakon baru seperti Naomi Ackie, Richard E. Grant dan Keri Russell.

Selain itu juga, pelakon asal francais Star Wars iaitu Mark Hamill (Luke Skywalker), Anthony Daniels (C-3PO), dan Billy Dee Williams (Lando Calrissian) turut menyertai barisan pelakon lain. Watak Leia Organa yang dilakonkan oleh mendiang Carrie Fisher juga akan berada dalam filem akan datang dengan menggunakan footage yang tidak digunakan dari filem Star Wars: The Force Awakens.

Filem ini diarahkan oleh J.J. Abrams manakala skrip ditulis oleh Abrams sendiri bersama-sama Chris Terrio. Star Wars: The Rise of Skywalker akan menemui penonton pada 20 Disember ini.

BACA:  Tonton Pengabdi Setan Pada 16 November Ini

Tinggalkan Balasan

shares