Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Lagi Kepakaran Marvel Digunakan Dalam Filem Justice League

Bekas pengarah yang bertanggungjawab membawa naik filem Marvel dalam dunia cinematic, Josh Whedon yang dilaporkan melakukan beberapa reshoot untuk filem Justice League dikatakan membawa komposer untuk filem Avengers: Age of Ultron untuk hasilkan skor musik dalam beberapa babak filem superhero DC itu.

Danny Elfman akan mengambil alih tugas dari Antonius Holkenborg, aka Junkie XL yang sebelum ini bekerja dengan Zack Snyder untuk menghasilkan filem tersebut sebelum Zack menyerahkan tugasnya kepada Josh Whedon susulan tragedi yang berlaku pada keluarganya.

Junkie XL kini sedang menghasilkan soundtrack untuk filem yang baru selesai pengambarannya, Tomb Raider.

Danny Elfman sebelum ini pernah menghasilkan musik untuk filem Batman arahan Tim Burton pada tahun 1989 dan bekerja bersama-sama Sam Raimi untuk dua filem awal Spider-Man.

Related posts

Penamat Alternatif ‘John Wick 4’ Telah Dirakam, Tetapi Dibuang Selepas Tayangan Ujian

Kakimuvee

Liv Tyler Akan Kembali Ke MCU Dalam Filem ‘Captain America: New World Order’

Kakimuvee

ZEE5 dan Viu Kini Boleh Diakses di Kedua-dua Astro Ultra dan Ulti Box

Kakimuvee

Box Office: John Wick Lagi Laku Dari Shazam! Fury of the Gods

Kakimuvee

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Leave a Comment