Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Lagi Gambar Terbaru Sonic The Hedgehog Didedahkan Kepada Umum

Sonic the Hedgehog

Pertengahan Oktober yang lalu, kami telah kongsikan beberapa gambar yang tertiris menampilkan rekabentuk terbaru Sonic yang lebih mirip kepada bentuk asal.

Terbaru, menerusi perkongsian dari laman Twitter, sekeping lagi gambar Sonic the Hedgehog telah tersebar dan memaparkan gambaran karakter Sonic dengan lebih jelas. Anda boleh lihatnya dibawah.

Selepas trailer pertama Sonic the Hedgehog didedahkan kepada umum, Paramount Pictures dan pasukan produksi telah menerima kecaman hebat dari penonton gara-gara rekabentuk live action Sonic yang agak teruk dan tidak menyerupai yang asal.

Sehubungan dengan itu, pihak studio membuat keputusan untuk menangguhkan tayangan filem tersebut supaya kerja-kerja pengubahsuaian dapat dilakukan.

Filem live action hybrid ini dibintangi oleh Jim Carrey yang akan membawakan watak kepada musuh Sonic iaitu Doctor Robotnik/Eggman, James Marsden sebagai Tom Wachowski, anggota polis yang bekerjasama dengan Sonic untuk menumpaskan Doctor Robotnik. Pelakon lain adalah Adam Pally, Tika Sumpter, Natasha Rothwell, Neal McDonough dan  Ben Schwartz, suara untuk karakter Sonic.

Sonic the Hedgehog dijangka akan menemui penonton pada 14 Februari 2020.

 

Related posts

Foto Set Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Beri Pandangan Pertama Christian Bale Sebagai ‘Gorr the God Butcher’

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “Spider-Man: No Way Home” Dedah Pertemuan Spidey & Doctor Strange Di Sanctum Sanctorum

Kakimuvee

“Jungle Cruise” Kutip $90 Juta Dolar Pada Minggu Pertama Tayangan

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Venom: Let There Be Carnage” Tunjuk Keganasan Villain Utama

Kakimuvee

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Leave a Comment