Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Siri TV

Lagi Gambar Kacak Brandon Routh Sebagai Clark Kent Dalam Siri Crossover Crisis On Infinite Earths

Hujung minggu lalu kami telah kongsikan pandangan pertama Brandon Routh sebagai Superman untuk siri crossover Crisis on Infinite Earths. Gambar tersebut menunjukkan karakter Superman yang sedikit berusia, inspirasi dari versi The Superman of Kingdom Come.

Terbaru, Routh telah memuatnaik gambar terbaru watak lakonannya, cuma kali ini dalam bentuk penyamaran sebagai Clark Kent. Anda boleh lihat gambar yang kacak lagi bergaya sehingga mampu mengoncang iman para wanita, dibawah.

https://www.instagram.com/p/B3KwCH4ldAT/?utm_source=ig_web_copy_link

Crossover’ Crisis on Infinite Earths akan bermula dengan siri Supergirl pada Ahad, 8 Disember, diikuti Batwoman pada Isnin 6 Disember dan The Flash pada Selasa 10 Disember. Siri keempat ‘crossover’ akan berhenti seketika dan bersambung pada 14 Januari 2020 menerusi siri Arrow dan akan berakhir menerusi siri DC’s Legends of Tomorrow pada hari yang sama.

Brandon Routh akan memainkan dua peranan berbeza iaitu sebagai The Atom dan Superman. Selain itu juga beberapa pelakon akan kembali membawakan watak masing-masing seperti Tyler Hoechlin sebagai Clark Kent / Superman, Elizabeth Tulloch serta Erica Durance sebagai Lois Lane, Jon Cryer sebagai Lex Luthor, Tom Cavanagh sebagai Pariah dan LaMonica Garrett sebagai Anti-Monitor. Selain itu juga, Crisis on Infinite Earth akan turut menampilkan Black Lightning, Kevin Conroy Bruce Wayne dan Ashley sebagai Huntress

Dalam finale ‘crossover’ Elseworlds yang lalu, Monitor (LaMonica Garrett) memberi amaran kepada wira tentang “Krisis” yang akan berlaku.

Related posts

Foto Set Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Beri Pandangan Pertama Christian Bale Sebagai ‘Gorr the God Butcher’

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “Spider-Man: No Way Home” Dedah Pertemuan Spidey & Doctor Strange Di Sanctum Sanctorum

Kakimuvee

Trailer Money Heist Musim Ke-5 Bab. 1: Menyerah Diri Bukanlah Pilihan

Kakimuvee

“Jungle Cruise” Kutip $90 Juta Dolar Pada Minggu Pertama Tayangan

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Venom: Let There Be Carnage” Tunjuk Keganasan Villain Utama

Kakimuvee

Rosa Salazar Mahu Membalas Dendam Dalam Trailer “Brand New Cherry Flavor”

Kakimuvee

Leave a Comment