Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Lagi Drama & Rancangan Terpaksa Dihentikan Akibat Pandemik COVID-19

Beberapa rancangan ‘variety’ dan drama terpaksa menghentikan produksi mereka untuk mengelakkan penyebaran COVID-19.

Pada 24 Ogos, SBS mengumumkan bahawa Running Man dan Master in the House telah menghentikan penggambarannya. Menurut jurucakap SBS, “Penggambaran itu dibatalkan demi menjaga kesihatan dan keselamatan para pelakon dan kru. Segmen yang telah dirakam akan tetap disiarkan. Kami kini sedang membincangkan tarikh penggambaran seterusnya. “

Studio Dragon, yang menghasilkan drama untuk tayangan di saluran seperti tvN, OCN, dan KBS, juga telah menghentikan produksi.

Kim Young Gyu, pengurus produksi untuk Studio Dragon, berkata, “Oleh kerana penyebaran COVID-19 yang cepat, kami telah memutuskan untuk menghentikan semua penggambaran yang dijadualkan dari 24 Ogos hingga 31 Ogos untuk melindungi keselamatan pelakon dan staf terlibat dalam produksi drama kami. “

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh CJ ENM pada 22 Ogos, jadual tayangan drama-drama yang dihasilkan oleh Studio Dragon seperti Flower of Evil dan Missing: The Other Side akan disusun semula.

Drama tvN seperti Forest of Secrets 2 dan Record of Youth akan ditayangkan seperti biasa kerana drama tersebut sudah selesai menjalani penggambaran.

Selain itu, CJ ENM turut mengumumkan bahawa rancangan variety tvN Hometown Flex akan menghentikan penggambarannya sehingga 31 Ogos, dan program muzik Mnet M Countdown akan dihentikan tayangan sehingga diberitahu kelak.

Drama akan datang, Zombie Detective turut dihentikan penggambaran, dan menunda tarikh tayangan perdana pada 31 Ogos .

Sumber: Soompi

Related posts

Park Seo Joon & Han So Hee Akan Bergandingan Dalam Drama Thriller Terbaru “Gyeongseong Creature”

Zulaikha

Jangan Lupa Saksikan Musim Terakhir “Snowdrop” & Menangi Poster Yang Ditandatangani Oleh Jung Hae-In & Jisoo.

Kakimuvee

CEO Netflix Sahkan Musim 2 “Squid Game”

Kakimuvee

Netflix Dedah Gambar Terbaru Seohyun Dari Filem “Love and Leashes”

Kakimuvee

Park Ji Hu, Yoon Chan Young, Cho Yi Hyun, & Lomon Hadapi Bahaya Dalam Poster “All Of Us Are Dead”

Kakimuvee

Saksikan Teaser Trailer & Poster Drama Thriller Terbaru Disney+ “Grid”

Zulaikha