Sedikit demi sedikit detail mengenai filem Guardians of the Galaxy Vol. 2 didedahkan kepada umum. Baru-baru ini, pengarah filem James Gunn telah mendedahkan filem arahannya ini akan mempunyai 5 post credit, kemudian watak cameo yang dibawa oleh Sylvester Stallone juga telah didedahkan kepada peminat filem Marvel berkenaan.
Yang terbaru, menurut laman web Movie Pilot, Presiden Marvel Kevin Fiege mendedahkan watak-watak asal Guardians of the Galaxy dari komik asal yang diterbitkan 1969 akan membuat kemunculannya dalam filem kali ini. Menurut Fiege, keputusan membawa masuk watak-watak tersebut adalah mahu menambah resepi kisah lampau salah seorang karakter penting Guardians iaitu Yondu.
“They’re definitely the original Guardians. That was the fun of it and when James had the idea to do more with the Yondu character – who is also an original Guardian – there was the notion that he had a team once like Peter does now. That’d be fun to see them. And [Ving Rhames] is definitely Charlie-27.”
Siapakah watak-watak Old Guardians yang akan membuat cameo dalam filem ini nanti?
Dalam komik Marvel Superhero #18 yang diterbitkan pada tahun 1969, Stakar Ogord, Charlie-27, Aleta Ogord, Krugarr dan Mainframe berserta salah seorang karakter live-action Yondu adalah ahli asal Guardians of the Galaxy dan mereka semua dikhabarkan akan membuat kemunculan sebagai watak Cameo dalam filem yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Stakar Ogord: watak Sylvester Stallone yang sebelum ini menjadi tanda tanya dikalangan peminat telah disahkan baru-baru ini. Beliau akan memegang watak sebagai Stakar Ogord ataupun dikenali sebagai Starhawk. Anda boleh baca karakter mengenai Stakar Ogord disini.

Charlie-27: Karakter ini akan dibawa oleh aktor Ving Rhames. Charlie-27 dicipta secara genetik untuk tinggal di planet Jupiter. Memiliki berat otot 11 kali ganda dari manusia biasa. Ini memberi kelebihan dari segi kekuatan dan durabiliti kepada karakter ini.

Aleta Ogord: Raja Ilyas rakyat Malaysia pertama berlakon dalam filem Marvel? tidak.. tahukah anda karakter ini dibawa oleh aktres kelahiran Ipoh, Perak iaitu Michelle Yeoh?. Aleta Ogord adalah Adik angkat kepada Stakar Ogord, mempunyai abiliti untuk memanipulasi cahaya. Dia selalunya akan bergabung dengan Stakar Ogord untuk menjadi Starhawk

Krugarr: Pelakon untuk watak ini tidak diketahui, Mempunyai kuasa magikal dan tahap intelektual yang cukup tinggi. Badannya berbentuk seperti cacing gergasi.

Mainframe: Mirip seperti Vision tetapi dari universe yang berbeza, ia juga seperti karakter Ego, sebuah komputer yang mengawal Planet. Khabar angin mengatakan suara watak ini dibawa oleh penyanyi Milley Cyrus
Filem Guardians of the Galaxy Vol. 2 akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada 27 April ini.