Filem Thor: Ragnarok bukan sahaja memberikan satu bentuk hiburan yang menarik kepada penonton, malah Taika Waititi berjaya memberikan satu nafas baru kepada filem yang menampikan ‘God of Thunder’ atau Thor selaku watak utama.
Selepas beberapa bulan filem tersebut ditayangkan, versi digital atau Blu-ray bakal dikeluarkan pada 20 Februari ini yang mana ia turut akan menyelitkan babak-babak yang dipotong dari versi wayang untuk dipertontonkan kepada peminat-peminat filem Marvel.
Yang terbaru, dua video klip dari filem Thor: Ragnarok telah dimuatnaik dilaman Youtube, kali ini, lebih banyak telatah dan lakonan aktor Jeff Goldblum sebagai Grandmaster didedahkan kepada peminat filem Thor. Jom kita tonton video klip tersebut dibawah