Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Lagi ‘Deleted Scene’ Avengers: Endgame, Paling Kelakar Rocket Tertawakan Ahli Avengers!


Sebelum ini kami telah kongsikan kepada anda beberapa ‘deleted scene’ dari filem Avengers: Endgame yang memaparkan perbualan diantara Thor dan Rocket serta babak selepas kematian Tony Stark / Iron Man.

Kali ini, kami ingin kongsikan dua lagi ‘deleted scene’ Avengers: Endgame yang turut melibatkan Rocket dan Captain America.

Dalam klip pertama yang kami kongsikan dibawah, ia memaparkan perbualan War Machine dan Captain America. Rhodey telah bertanya kepada Cap dimana lokasi Tesseract yang diketahui olehnya. Seperti yang penonton tahu, Cap telah mengorbankan dirinya dengan menghempaskan pesawat H.Y.D.R.A di lautan Artik. Tetapi, Rhodey telah bertanya satu soalan penting, kenapa Mr. Rogers tidak terjun terlebih dahulu sebelum pesawat terhempas? Ah! banyak tanya pula si Rhodey ni.

Klip kedua pula semasa ‘mesyuarat’ untuk mengesan lokasi ‘Infinity Stone’ diantara saki baki ahli Avengers dan Guardians of the Galaxy. Sebenar babak tersebut sangat kelakar, kerana Rocket telah mentertawakan ahli Avengers kerana mengambil masa yang agak lama untuk menewaskan bala tentera Chituari semasa ‘Battle of New York dalam filem The Avengers. Punyalah marah dengan gelak ketawa jahat si Rocket, Tony terus mengambil keputusan drastik dengan mencukur kepala rakun mulut becok itu.

Oh ya! anda boleh tonton dua klip ‘deleted scene’ yang kami kongsikan dibawah!


Versi digital HD Avengers: Endgame telah dilancarkan hari ini, manakala versi blu-ray akan dikeluarkan pada 13 Ogos 2019.

https://youtu.be/3uoeUksRk-I

https://youtu.be/tbKOdHPGtco


Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee