
Penglibatan Lady Gaga dalam Joker 2 disahkan menerusi video teaser rasmi pertama Joker: Folie à Deux yang dilancarkan baru-baru ini.
Joker 2 ditetapkan tarikh tayangannya pada 4 Oktober 2024, iaitu lima tahun selepas tayangan filem pertama.
Joaquin Phoenix akan kembali meneruskan wataknya sebagai Arthur Fleck, dan dia akan disertai Lady Gaga sebagai Harley Quinn. Teaser tersebut mengusik tema musikal yang akan diterapkan filem akan datang.
Todd Phillips turut kembali sebagai pengarah. Anda boleh teaser Joker 2 dibawah:
Joker: Folie à Deux
— Lady Gaga (@ladygaga) August 4, 2022
10.04.24 pic.twitter.com/obp7T9lBFL
Filem pertama Joker telah ditayangkan pada 2019 dan berjaya mencipta kejayaan, bukan sahaja mendapat pujian para pengkritik dan penonton, malah ia mengecapi kejayaan box office yang cukup luarbiasa dengan mengutip AS$1.074 bilion dolar seluruh dunia.
Diterajui Joaquin Phoenix sebagai watak utama, Joker menampilkan barisan pelakon seperti Zazie Beetz (Deadpool 2), Bill Camp (Red Sparrow, Molly’s Game), Frances Conroy (American Horror Story), Brett Cullen (Narcos), Glenn Fleshler (Barry), Douglas Hodge (Penny Dreadful), Marc Maron (GLOW), Josh Pais (Motherless Brooklyn), dan Shea Whigham (First Man).