Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“L.U.C.A.: The Beginning” Terus Catat Peningkatan Rating, “River Where The Moon Rises” Kekal Mendahului

Drama KBS “River Where the Moon Rises” menyaksikan sedikit peningkatan rating pada episod terbaru, manakala drama tvN “L.U.C.A.: The Beginning” terus mencipta rekod peribadi.

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod terbaru “River Where the Moon Rises” telah merekodkan purata rating sebanyak 6.6 peratus dan 9.2 peratus, sedikit peningkatan berbanding episod sebelumnya yang mencatatkan rating sebanyak 6.5 peratus dan 8.8 peratus.

Sementara itu di tvN, drama “L.U.C.A.: The Beginning” merekodkan purata rating sebanyak 6.299 peratus, peningatan berbanding episod sebelumnya yang merekodkan rating sebanyak 6.228 peratus. Ini merupakan rating tertinggi drama tersebut sejak ia ditayangkan pada 1 Februari lalu.

Akhir sekali di JTBC, drama “She Would Never Know” merekodkan purata rating sebanyak 1.668 peratus, sedikit penurunan berbanding episod sebelumnya.

L.U.C.A.: The Beginning adalah drama aksi thriller mengenai seorang lelaki bernama Ji Oh (Kim Rae Won), yang diburu kerana kebolehan khasnya, dan seorang detektif jenayah ganas bernama Gu Reum (Lee Da Hee), satu-satunya yang mengingatinya. Kim Sung Oh memainkan peranan sebagai Lee Son, yang merupakan ketua di antara mereka yang memburu Ji Oh dan pernah menjadi sebahagian daripada pasukan khas.

Berdasarkan cerita rakyat Goguryeo, River Where the Moon Rises akan menceritakan kisah cinta Puteri Pyeonggang (lakonan Kim So Hyun) dan On Dal (lakonan Ji Soo). Dalam penceritaan semula kisah terkenal ini, Pyeonggang – yang juga pahlawan berani – adalah seorang wanita yang bercita-cita tinggi dan ingin menjadi wanita pertama yang memimpin Goguryeo.

Related posts

Park Seo Joon & Han So Hee Akan Bergandingan Dalam Drama Thriller Terbaru “Gyeongseong Creature”

Zulaikha

Jangan Lupa Saksikan Musim Terakhir “Snowdrop” & Menangi Poster Yang Ditandatangani Oleh Jung Hae-In & Jisoo.

Kakimuvee

CEO Netflix Sahkan Musim 2 “Squid Game”

Kakimuvee

Netflix Dedah Gambar Terbaru Seohyun Dari Filem “Love and Leashes”

Kakimuvee

Park Ji Hu, Yoon Chan Young, Cho Yi Hyun, & Lomon Hadapi Bahaya Dalam Poster “All Of Us Are Dead”

Kakimuvee

Saksikan Teaser Trailer & Poster Drama Thriller Terbaru Disney+ “Grid”

Zulaikha