Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“L.U.C.A.: The Beginning” Bermula Baik, “Royal Secret Agent” Cipta Rekod Peribadi


Drama KBS Royal Secret Agent terus menunjukan prestasi baik!

Menurut Nielsen Korea, episod 1 Februari drama tersebut telah merekodkan purata rating sebanyak 9.7 peratus dan 13.6 peratus, sekaligus mencipta rekod peribadi drama tersebut untuk kali kedua berturut-turut.

Di JTBC, drama She Would Never Know telah merekodkan purata rating sebanyak 1.918 peratus, penurunan berbanding episod minggu lalu.

Akhir sekali di tvN, drama aksi thriller terbaru lakonan Kim Rae Won dan Lee Da Hee, L.U.C.A: The Beginning telah memulakan episod pertamanya dengan begitu baik sekali, mencatatkan purata rating sebanyak 5.371 peratus.

LUCA: The Beginning adalah drama aksi thriller mengenai seorang lelaki bernama Ji Oh (Kim Rae Won), yang diburu kerana kebolehan khasnya, dan seorang detektif jenayah ganas bernama Gu Reum (Lee Da Hee), satu-satunya yang mengingatinya. Kim Sung Oh memainkan peranan sebagai Lee Son, yang merupakan ketua di antara mereka yang memburu Ji Oh dan pernah menjadi sebahagian daripada pasukan khas.



Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee