Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kyle Allen Akan Bawa Watak He-Man Dalam Filem Live-Action Netflix “Masters of the Universe”

Kyle Allen akan membawa peranan utama sebagai Prince Adam/He-Man, menggantikan tempat Noah Centineo

Mattel Films dan Netflix akan berkerjasama dalam filem aksi-langsung terbaru Master of the Universe dengan Kyle Allen (West Side Story, American Horror Story) disahkan membawa peranan utama sebagai Prince Adam/He-Man, menggantikan tempat Noah Centineo yang berundur dari projek itu tahun lalu.

The Nee Brothers (The Lost City, Band of Robbers) akan menjadi pengarah bersama manakala lakon layar ditulis oleh mereka bersama David Callaham (Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings, Wonder Woman 1984). Produksi dijangka bermula pada musim panas (Jun-September) ini.


“Dalam Master of the Universe, seorang anak yatim bernama Adam mendapati dia adalah seorang putera raja yang ditakdirkan untuk menjadi penyelamat di negeri yang jauh dan mesti segera mempelajari kuasanya dan kepentingan menyelamatkan rumah sebenar daripada kuasa jahat,” menurut sinopsis rasmi

“Master of the Universe adalah harta intelek ikonik yang membentuk imaginasi seluruh generasi kanak-kanak dengen mesej untuk menjadi versi terbaik diri anda,” kata Robbie Brenner, penerbit eksekutif Mattel Films.

“Dengan rakan kongsi kami di Netflix, kami tidak sabar untuk menunjukkan kepada penonton bahawa apa sahaja boleh berlaku di Eternia. Kami sentiasa membuka francais global ini dengan cara baharu, dan kami tidak sabar untuk melihat Kyle bertarung dengan Skeletor dalam saga aksi-langsung epik ini.”

Brenner dan Kevin McKeon (VP Mattel Films) akan mengetuai projek untuk Mattel Films. Todd Black, Jason Blumenthal dan Steve Tisch (Being the Ricardos, Ma Rainey’s Black Bottom, The Equalizer), dan DeVon Franklin akan menjadi penerbit. Projek ini pada asalnya dibangunkan di Sony.

Tahun lalu, Mattel dan Netflix mengumumkan kerjasama mereka untuk membawa Eternia kembali ke skrin dengan dua siri: Masters of the Universe: Revelation, yang diketuai Kevin Smith dan He-Man and the Masters of the Universe. 

Masters of the Universe pertama kali diperkenalkan Mattel pada tahun 1982 menerusi figura aksi. Pada tahun 1983, siri animasi pertama He-Man and the Masters of the Universe telah ditayangkan dan segera menjadi salah satu program kegemaran kanak-kanak di kaca televisyen. 

Related posts

Mengembara Ke 1,000 Dimensi Bersama Syafiq Kyle & Adriana Adnan Dalam Drama Percintaan Fantasi Terbaharu Viu Original

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Aquaman and the Lost Kingdom: Amber Heard Dilepaskan Dari Kontrak, Tidak Pasti Berapa Banyak Babaknya Dipotong

Kakimuvee

Projek Captain Carter Dikhabarkan Sedang Dalam Pembangunan

Kakimuvee

Marvel Studios Lancar Trailer & Poster “She-Hulk: Attorney at Law” Untuk Siri Disney+ Hotstar Yang Akan Datang

Kakimuvee

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Leave a Comment