Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Kwon Nara & Kim Myung Soo Bakal Bintangi Drama Sejarah Terbaru

Pelakon Itaewon Class, Kwon Nara dilaporkan sedang dalam rundingan untuk bintangi drama sejarah terbaru berjudul New Secret Royal Inspector.

Menurut sumber yang belum disahkan, Kwon Nara telah ditawarkan peranan Hong Da In, penghibur yang cantik dan bijak dan mampu membuat lelaki tertawan dengan satu senyuman. Dia bukan saja berbakat dalam menari dan bermain alat musik gayageum, tetapi sangat berani seperti kebanyakkan lelaki.


Sementara itu, ahli kumpulan INFINITE, Kim Myung Soo turut dalam rundingan untuk memainkan watak utama dalam drama akan datang.

New Secret Royal Inspector akan akan menceritakan kisah pemeriksa rahsia kerajaan, kedudukan yang unik bagi Dinasti Joseon. Pemeriksa rahsia kerajaan adalah pegawai kerajaan yang dilantik secara khusus oleh raja dan dihantar secara rahsia ke wilayah-wilayah tempatan untuk mendengar masalah rakyat dan memantau pegawai-pegawai yang korup.

Mereka membawa suara orang ramai dan menjadi mata dan telinga untuk raja, tetapi tidak boleh mendedahkan diri mereka yang sebenarnya. Pencapaian heroik pemeriksa rahsia kerajaan mewakili keadilan yang dicari oleh banyak orang dalam masyarakat moden.

Sumber: Soompi

Related posts

Saksikan Rompakan Yang Tidak Pernah Anda Lihat Dalam Teaser Terbaru “Money Heist: Korea – Joint Economic Area”

Zulaikha

Drama Romantik Supernatural “Kiss Sixth Sense” Akan Tiba Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar 25 Mei Ini

Zulaikha

Trailer “KKN di Desa Penari” Goda Kisah Urban Legend Di Indonesia

Kakimuvee

SBS Sahkah Tarikh Tayangan K-Drama Terbaru “Today’s Webtoon”

Zulaikha

6 Sebab Kenapa The Sound of Magic Akan Memukau Anda

Zulaikha

7 K-Drama Fantasi Netflix Yang Akan Membuatkan Anda Terpesona.

Zulaikha

Leave a Comment