Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kutipan Universal Pictures Lepasi Angka $5 Billion

Jika sebelum ini Warner Bros. telah berjaya mencecah kutipan tiket sebanyak $5 billion melalui filem-filem mereka, kini Universal Pictures pula mengikut jejak langkah studio berkenaan apabila berjaya melepasi kutipan $5 billion menerusi filem-filem terbitan mereka. Sebanyak $1.605 bilion diperolehi menerusi pasaran domestik dan sebanyak $3.398 billion menerusi pasaran antarabangsa.

Universal Pictures juga menjadi satu-satunya studio dimana dua filem mereka memperolehi kutipan lebih $1 billion menerusi filem The Fate of the Furious yang mengutip $1.23 billion seluruh dunia dan Despicable Me 3 yang mengutip $1.03 billion seluruh dunia.


Filem-filem seram kerjasama dengan studio Blumhouse seperti Split, Get Out dan Happy Death Day pula berjaya mengumpul sebanyak $630 juta seluruh dunia manakala The Mummy pula menyumbang $400 juta kepada Universal Pictures.

Universal Pictures dan divisionnya, Focus Features telah menghasilkan 19 buah filem dimana 15 daripadanya adalah filem yang dihasilkan sendiri oleh Universal Pictures. Kejayaan melepasi kutipan $5 billion adalah kejayaan kedua Universal Pictures dalam sejarah penubuhan studio yang kini sudah berusia 105 tahun.

Related posts

Mark Ruffalo Ulas Potensi Filem “World War Hulk”, “Avengers: Secret Wars”

Kakimuvee

Marvel Studios Akan Mendapatkan Semula Hak Teater ‘Jade Giant’ Daripada Universal Menjelang 2023

Kakimuvee

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Loki & Sylvie Kembali Bersatu Di Set Penggamabaran LOKI Musim 2

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

Sekuel “District 9” Masih Diteruskan, Mungkin Akan Jalan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Kakimuvee

Leave a Comment