Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kutipan Tiket Rock Bro Cecah RM4 Juta

Rock Bro

Kutipan tiket Filem Rock Bro terus membanggakan apabila berjaya mencecah RM4 juta selepas 10 hari ditayangkan.

Pengurus Besar, Grand Brilliance Sdn. Bhd (GBSB) Tengku Iesta Tengku Alauddin berkata, dia gembira terhadap sambutan yang diterima dan berharap lebih ramai penonton menyaksikan filem ini di pawagam.

“Sejujurnya saya sangat gembira dan tidak menyangka dengan maklumbalas penonton terhadap filem ini.

“Saya harap lebih ramai penonton datang menikmati filem ini di panggung memandangkan tiada filem Melayu selain Rock Bro sedang ditayangkan sehingga minggu depan,” katanya.

Menurut Tengku Iesta, dia percaya kutipan filem arahan Mamat Khalid ini akan terus bertambah dan berharap pihak panggung dapat bekerjasama dalam memberi laluan filem ini terus ditayangkan.

“Filem ini mempunyai jenama dan pengikut yang tersendiri. Jadi tidak mustahil filem ini akan terus mencatat kutipan tinggi .

“Justeru saya berharap pihak panggung memberi laluan agar filem ini terus bermain. Lagipun peratusan penonton untuk menyaksikan filem ini masih tinggi dan saya berharap ia terus dilanjutkan,”katanya.

Selain genre komedi, Rock Bro yang diterbitkan Grand Brilliance Sdn Bhd dan Enjit Semut Sdn Bhd turut menampilkan elemen drama yang menyentuh perasaan.

Filem yang menampilkan lakonan Khir Rahman, Pekin Ibrahim, Soffi Jikan, Azmi Bahron dan Amy Juliet itu mula ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 27 Oktober lalu

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment