Kutipan Tiket Filem Pinjamkan Hatiku Cecah RM2 Juta

964
views

Walaupun filem Pinjamkan Hatiku ditayangkan secara langsung dilaman Facebook, kutipan filem arahan Osman Ali itu terus mencatat kutipan memberangsangkan apabila ia mencecah hampir RM2 juta.

Filem yang mula ditayangkan 30 November yang lalu mula mendapat sambutan luar biasa dari pengemar-pengemar filem tempatan terutamanya yang meminati genre romantik.

Sementara itu, individu yang mengaku membuat rakaman curi dan memaparkannya di Facebook memohon maaf.

“Saya buat suka-suka. Kalau tahu salah, saya tidak akan buat,” kata Mohd Syafiq Adam, 21.

Lelaki asal Terengganu itu merakam sedutan filem tersebut secara rahsia menggunakan baju sejuk.

Namun, penerbit eksekutif Datuk Saiful Safwan Mohamed Ghazi menyerahkan kes tersebut kepada polis.

Filem itu mengisahkan cinta tiga segi seorang gadis yang berdepan dilema untuk memilih antara kawan lamanya Naufal atau Hasnan, doktor yang merawatnya.

Pinjamkan Hatiku masih lagi ditayangkan di beberapa pawagam tanah air.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here